Malam ini pasukan negara kita, Malaysia akan menentang Hong Kong dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa. Sebelum ini skuad dengan jolokan Harimau Malaya gah menundukkan Hong Kong di halaman sendiri. Perlawanan yang akan berlangsung di Hong Kong ini mungkin boleh dijadikan sebagai medan untuk skuad Hong Kong membalas kekalahan mereka tempohari jika anak-anak buah K.Rajagobal memandang mudah lawan mereka yang menghuni tangga 146 dunia berkenaan.
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label Info Sukan. Show all posts
Showing posts with label Info Sukan. Show all posts
03 June 2011
27 May 2011
BILA PASUKAN KALAH | JURULATIH JADI MANGSA | PEMAIN DITUDUH MENGATUR PERLAWANAN PULA!
Bila la bolasepak kat negara kita nak maju kan. Kalah sikit melenting. Kalah sikit nak tunding menunding. Siapa salah? Semua taknak mengaku salah. Yang jadi mangsa pemain dan jurulatih ajer. Bagi ammboi sikap macam ni memang tak patut dan langsung tak sedap didengar. Bolasepak kita ni bukan tahap pelaburan berbilion-bilion ringgit lagi tapi mutu permainan pula nak disamakan dengan Liga Inggeris dan juga liga-liga antarabangsa yang lain. Biarlah profesional sikit, kita menang dengan bergaya kalau nak kalah pun biarlah kena pada cara dan masanya. Pagi ni ammboi baca akhbar kata nak suruh SPRM siasat skuad Piala Presiden PBNS (Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan). Katanya wujud skandal mengatur perlawanan.
26 May 2011
MALAYSIA LAWAN | ARSENAL | LIVERPOOL | CHELSEA JULAI INI
Mampukah anak buah Rajagobal 'meratah' jagoan EPL ni? Atau Malaysia pulak yang kena ratah dengan mereka. Tak mustahil kan. Selaku JUARA Piala AFF dan Pemenang Pingat Emas Sukan Sea, Malaysia telah menarik minat 3 kelab gergasi EPL ini bertandang ke Malaysia. Mereka mungkin meragui keupayaan Malaysia yang menduduki tangga 143 dunia yang berjaya membenam ego Thailand dan juga Indonesia sedangkan mereka menduduki tangga yang lebih baik. Sekarang ini terpulang kepada Skuad Harimau Malaya untuk membuktikan keupayaan mereka. Jangan berikan aib kepada status jagoan ASEAN. Tunjukkan kemampuan anda dan permainan yang menarik mungkin sudah cukup menyejukkan hati peminat tempatan! Ketiga-tiga perlawanan berkenaan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 ( Malaysia lawan Arsenal ) , 16 ( Malaysia lawan Liverpool ) dan 21 ( Malaysia lawan Chelsea ) Julai ini. Jadual yang ammboi anggap terlalu padat, tambahan pula ada perlawanan penting seperti Kelayakkan Piala Dunia 2014 dan Kelayakkan Olimpik London 2012.
13 May 2011
KELIBAT AWANG IMPORT BERMULA MUSIM 2012 | LIGA SUPER 2012
FAM mengumumkan penggunaan 'Awang Import' akan dibenarkan bermula musim 2012. Setelah diharamkan sejak musim 2009, liga Malaysia dikatakan hilang seri apabila beberapa pasukan gagal menyerlah akibat kehilangan pemain handalan masing-masing. Yela, tengok sendiri pasukan Kedah yang seolah-olah gagal menunjukkan taring sebenarnya, manakala aksi pasukan jirannya juga, Perlis longlai layu di tangga terbawah liga. Mungkin mereka menggambarkan sekembalinya pemain seperti Marlon Alex Jamesdan juga Chipeta diharap mampu membawa sinar baru kepada pasukan mereka. Namun demikian, banyak lagi faktor yang menyebabkan kemunrungan dalam bolasepak tempatan. Salah satunya sebab PEMAIN YANG TERHAD. Kenapa?
04 May 2011
CHELSEA MAHU JADI LEBIH 'SEKSI'
Jutawan Rusia, Roman Abramovich sekali lagi mahu melabur jutaan pound untuk kelabnya, Chelsea. Beliau dikatakan mahu mengembalikan semula kekuatan Chelsea yang kini semakin tenggelam dek kerana hero-hero lama beliau semakin meningkat usianya. Abramovich dikhabarkan menambahkan pelaburan sebanyak 80 juta pound (RM394 juta) lagi untuk mendapatkan beberapa pemain idamannya. Beliau mahu pasukannya dikuatkan dengan pemain tengah yang lebih kreatif, pertahanan kental bertaraf dunia dan pemain yang lincah dibahagian sayap. Agar Chelsea mampu beraksi dengan lebih menarik, katanya. Siapa pemain yang diintai Chelsea?
04 April 2011
MALAYSIA LAWAN LUBNAN 23 JUN | KELANTAN BERMINAT JADI TUAN RUMAH KELAYAKKAN OLIMPIK
Terkejut ammboi dengan berita pagi ini. Apabila KAFA (Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan) berminat untuk menjadi tuan rumah Pusingan Kelayakkan Olimpik 2012 antara Malaysia lawan Lubnan 23 Jun depan. Hasrat ini khabarnya telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permohonan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.
30 March 2011
PIALA DUNIA 2014 | KELAYAKKAN ZON ASIA | MALAYSIA BERTEMU TAIWAN PADA PUSINGAN PERTAMA
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) Malaysia dilihat mampu ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama. Malaysia akan menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun sebelum bertandang ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai.
SiAPA LAWAN MALAYSIA | PUSINGAN KEDUA KELAYAKKAN OLIMPIK 2012 | PUSINGAN PERTAMA KELAYAKKAN PIALA DUNIA 2014
Bagi ammboi siapa lawan Malaysia tidak penting. Apa yang perlu Skuad Harimau Malaya tunjukkan adalah kesungguhan dan sikap profesional semasa menentang lawan. Menang atau kalah adat bertanding. Biasalah kalau menang kita bersorak, jika kalah memang 'monyok macam ayam kena selsema'. Itu adat. Berkenaan cara permainan dan mentaliti pemain skuad negara era 2010 - 2011 ini ammboi boleh garenti mereka berupaya mencipta kejutan.
10 March 2011
KEPUTUSAN PERLAWANAN PAKISTAN VS MALAYSIA DI LAHORE | MALAYSIA 'BOM' PAKISTAN!
| Keputusan 0 - 0 di Lahore |
Pasukan Negara seri dengan Pakistan 0-0. Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai tekanan semenjak tiba di Pakistan, anak muda harapan negara ini terus kental dengan semangat juang yang tinggi untuk terus meningkatkan lagi imej bolasepak negara di pentas antarabangsa.
Kemenangan ke atas Pakistan dalam aksi kelayakkan pusingan kedua ini memastikan harapan tinggi rakyat Malaysia untuk mara ke Sukan Olimpik semakin terbuka. Ternyata peningkatan prestasi yang dipamerkan boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk kejayaan seterusnya.
Syabas Skuad Harimau Malaya!
09 March 2011
23 February 2011
17 February 2011
KELAYAKAN OLIMPIK 2012 | SENARAI PELATIH SKUAD OLIMPIK MALAYSIA | MALAYSIA VS PAKISTAN : Misi Sukar Melayan Pakistan
Pertemuan perlawanan timbal balik pertama di Kuala Lumpur pada 23 Februari ini memerlukan skuad Malaysia mencipta kemenangan besar sebagai bekal sebelum ke Pakistan awal Mac ini. Pakistan yang menghuni tangga 173 dunia dalam ranking FiFa (last updated 2 Februari) nyata tidak boleh dipandang remeh. Walaupun dari segi kedudukan ranking Malaysia berada ditangga 140, Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak mahu para pemainnya terlalu pandang rendah pada lawan.
09 February 2011
Tindakan Safee Sali Tepat!
Bernanah telinga ammboi mendengarkan komen dari segenap bucu meja berkenaan tindakan Safee Sali meninggalkan Selangor menuju ke Pelita Jaya FC (sebuah kelab yang menghuni tangga tercorot ISL - Indonesian Super League). Ada yang mengatakan tindakannya itu umpama membunuh kariernya sendiri dan ada pula yang mengatakan Safee bakal menjadi mangsa 'taktikal' Pelita Jaya Fc yang berusaha mematikan 'keupayaan' Safee selaku penggempur terbaik Malaysia ketika ini. Benarkah begitu?
19 January 2011
Wajah Baru Selangor 2011
Skuad Selangor mensasarkan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih serta merampas semula Piala Malaysia. Misi tersebut nampaknya tidak mustahil jika diambil kira barisan pemain Selangor musim ini tampak begitu gah untuk dikalahkan. Mengekalkan beberapa pemain bintangnya, ternyata Selangor boleh dikatakan sebagai pasukan terkuat Liga Super musim 2011.
Post Top Ad
Your Ad Spot













