Mampukah anak buah Rajagobal 'meratah' jagoan EPL ni? Atau Malaysia pulak yang kena ratah dengan mereka. Tak mustahil kan. Selaku JUARA Piala AFF dan Pemenang Pingat Emas Sukan Sea, Malaysia telah menarik minat 3 kelab gergasi EPL ini bertandang ke Malaysia. Mereka mungkin meragui keupayaan Malaysia yang menduduki tangga 143 dunia yang berjaya membenam ego Thailand dan juga Indonesia sedangkan mereka menduduki tangga yang lebih baik. Sekarang ini terpulang kepada Skuad Harimau Malaya untuk membuktikan keupayaan mereka. Jangan berikan aib kepada status jagoan ASEAN. Tunjukkan kemampuan anda dan permainan yang menarik mungkin sudah cukup menyejukkan hati peminat tempatan! Ketiga-tiga perlawanan berkenaan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 ( Malaysia lawan Arsenal ) , 16 ( Malaysia lawan Liverpool ) dan 21 ( Malaysia lawan Chelsea ) Julai ini. Jadual yang ammboi anggap terlalu padat, tambahan pula ada perlawanan penting seperti Kelayakkan Piala Dunia 2014 dan Kelayakkan Olimpik London 2012.
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
26 May 2011
21 May 2011
KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 | MALAYSIA VS TAIWAN
Kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 akan diteruskan apabila Malaysia bakal bertemu Taiwan dipusingan pertama pada 29 Jun dan 3 Julai depan. Anak-anak buah K.Rajagobal terpaksa mengharungi pusiangan pertama setelah gagal mendapat 'bye' apabila terkelauar dari kedudukan (ranking asia) yang ditetapkan oleh AFC. Bagi ammboi, ini merupakan peluang terbaik untuk skuad yang popular dengan gelaran HARIMAU MALAYA ni menimba lebih pengalaman dari setiap perlawanan. Apa gunanya jika layak ke pusingan kedua sedangkan tewas dalam saingan berkenaan. Pertemuan dengan Taiwan mungkin mudah, namun skuad kebangsaan tidak seharusnya memandang rendah pasukan yang menghuni tangga 160 dunia berkenaan. Berdasarkan rekod semasa, Taiwan (Chinese Taipei) tewas 2-0 kepada Pakistan, tewas 2-0 juga kepada Turkmenistan dan sebelum itu tewas kepada India 3-0 (tak pasti perlawanan persahabatan atau kejohanan).
19 May 2011
MALAYSIA LAWAN CHELSEA | PELUANG PEMAIN TIMBA PENGALAMAN
Persaingan sengit ketika menentang Manchester United dua tahun lepas mungkin bakal berlaku sekali lagi apabila naib juara Liga Perdana England, Chelsea mengesahkan kehadirannya ke Malaysia pada 21 Julai ini. Ketika itu Amri Yahyah berjaya merobek gawang united dan ammboi membayangkan mungkin beliau akan dibawa ke England sekiranya usia beliau belum mencecah 20 tahun. Dan sekali lagi peluang dibuka oleh kelab England, untuk menawarkan diri menguji skuad kebangsaan. Keterlaluan jika ammboi kata mungkin Chelsea akan mengambil pemain Malaysia kali ini. Tapi tak mustahil jika ammboi katakan adanya kelab (mungkin divisyen 2 atau 3) England berminat dengan pemain Malaysia (setelah mempamerkan persembahan mantap, heboh kat media dan mendapat rekomen dari team chelsea agaknya) yang berjaya 'mempamerkan' kehebatan pada aksi persahabatan berkenaan.
Post Top Ad
Your Ad Spot



