Mampukah anak buah Rajagobal 'meratah' jagoan EPL ni? Atau Malaysia pulak yang kena ratah dengan mereka. Tak mustahil kan. Selaku JUARA Piala AFF dan Pemenang Pingat Emas Sukan Sea, Malaysia telah menarik minat 3 kelab gergasi EPL ini bertandang ke Malaysia. Mereka mungkin meragui keupayaan Malaysia yang menduduki tangga 143 dunia yang berjaya membenam ego Thailand dan juga Indonesia sedangkan mereka menduduki tangga yang lebih baik. Sekarang ini terpulang kepada Skuad Harimau Malaya untuk membuktikan keupayaan mereka. Jangan berikan aib kepada status jagoan ASEAN. Tunjukkan kemampuan anda dan permainan yang menarik mungkin sudah cukup menyejukkan hati peminat tempatan! Ketiga-tiga perlawanan berkenaan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 ( Malaysia lawan Arsenal ) , 16 ( Malaysia lawan Liverpool ) dan 21 ( Malaysia lawan Chelsea ) Julai ini. Jadual yang ammboi anggap terlalu padat, tambahan pula ada perlawanan penting seperti Kelayakkan Piala Dunia 2014 dan Kelayakkan Olimpik London 2012.
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label malaysia lawan arsenal. Show all posts
Showing posts with label malaysia lawan arsenal. Show all posts
26 May 2011
Post Top Ad
Your Ad Spot

