Selangor memerlukan keajaiban untuk mengalahkan Kelantan di gelanggang yang menjadi kubu kuat The Red Warriors, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Berbekalkan 1 gol saguhati, Red Giant perlu mencari gol awal untuk menguatkan semangat melawan mereka selain perlu menguatkan mental berdepan puluhan ribu penyokong setia Kelantan. Ammboi dah boleh bayangkan, sudah semestinya lebih 20,000 penyokong Kelantan akan melimpahi stadium. Sedangkan di Shah Alam sediri dikuasai oleh penyokong Kelantan. Ammboi tertarik dengan satu komen dalam BHarian, bunyinya lebih kurang macam ni.. "kelantan jangan berlagak, mereka hanya kuat digelanggang sendiri...", tapi peminat Red Giant tu sudah lupa, bahawa semua stadium kat Malaysia ni (tolak Sabah dan Sarawak) seolah-olah gelanggang sendiri bagi penyokong Kelantan. Pada aksi separuh akhir pertama Piala Fa 2011 tempohari, penyokong Kelantan seramai 20,000 sedangkan penyokong Selangor cuma 10,000.
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label Info The Red Warriors. Show all posts
Showing posts with label Info The Red Warriors. Show all posts
16 May 2011
12 May 2011
TINDAKAN MEMBAKAR BENDERA KELANTAN | FAM DIHARAP MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS
Provokasi sekali lagi dilakukan oleh penyokong Negeri Sembilan, seolah-olah mahu mengambil kesempatan diatas kehadiran peminat fanatik pasukan Kelantan bertandang ke Stadium Paroi tempohari. Kesempatan yang seolah-olah mereka mahu melihat penyokong Kelantan merusuh atau sebagainya kot. Namun kelab penyokong bolasepak Kelantan, Kelate.Net nyata kini semakin profesional menangani kes-kes sebegini. Diharap semua penyokong Kelantan yang lain jugak banyakkan bersabar dan kita lihat apa tindakan dari FAM seterusnya. Biasanya kalau melibatkan 'negeri-negeri angkat' FAM ni, diorang hanya pejamkan mata jer. Mampukah FAM untuk bertindak dengan lebih profesional?
13 April 2011
THE RED WARRIORS PULANG HAMPA DIBELASAH Si YOB | SKUAD KELANTAN 2011
Kecewa. Itu jer yang mampu ammboi ucapkan dengan persembahan anak buah Datuk M.Karathu semalam. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan ramuan semalam, skuad Kelantan seolah-olah hilang tumpuan dan gagal emmpamerkan aksi sebenar. Walaupun banyak menguasai pemainan, namun penyudah yang kurang sempurna selain kekebalan benteng Perak menjadi pemangkin kejatuhan Kelantan.
04 April 2011
MALAYSIA LAWAN LUBNAN 23 JUN | KELANTAN BERMINAT JADI TUAN RUMAH KELAYAKKAN OLIMPIK
Terkejut ammboi dengan berita pagi ini. Apabila KAFA (Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan) berminat untuk menjadi tuan rumah Pusingan Kelayakkan Olimpik 2012 antara Malaysia lawan Lubnan 23 Jun depan. Hasrat ini khabarnya telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permohonan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.
19 February 2011
Kelantan Bernasib Baik | Kalahkan T-Team 6-5 Penetuan Penalti
KUALA LUMPUR, (D5) - Perlawanan pembukaan Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam ini nyata memihak kepada Kelantan selepas menang keatas Terengganu T-Team 6-5 menerusi sepakan penalti.
13 January 2011
06 January 2011
21 December 2010
13 December 2010
Kegemilangan Bola Sepak Kelantan
PERSATUAN Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berpuas hati dengan penganjuran edisi ke-70 saingan Puncak Piala Emas Raja-Raja dan berharap kejohanan tahun depan dapat dianjurkan pada skala lebih besar selain terus menjadi medan penting mencungkil bakat baru.
Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan berharap kejohanan Piala Emas Raja-Raja dapat dijadikan pentas buat pasukan-pasukan mengenal pasti, mencungkil dan mengasah bakat pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan dalam skuad utama Liga Perdana atau Liga Super.
“Matlamat kami ialah menjadikan kejohanan ini sebagai medan bagi pasukan-pasukan mengetengahkan bakat pemain ke saingan liga lebih tinggi,” katanya.
Menurut Takiyuddin, sebagai antara kejohanan tertua di negara ini, Piala Emas Raja-Raja boleh memainkan peranan signifikan dalam membantu usaha pembangunan bola sepak tanah air terutamanya penyaluran barisan pemain pelapis.
Menerusi siaran langsung di Astro Arena (Saluran 801) dan sokongan padu media cetak dan elektronik tahun ini, pertandingan itu dapat diikuti dengan lebih dekat, sekali gus memberi pendedahan dan meningkatkan profil pemain dan pasukan.
“Peranan media amat penting, terutama bagi kejohanan seperti Piala Emas Raja-Raja yang selama ini dianjurkan dengan bajet yang amat terhad,” katanya sambil berterima kasih kepada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama kejohanan.
Buat tahun kedua berturut-turut, Puncak Niaga muncul sebagai penaja utama dengan jumlah tajaan RM200,000 untuk edisi tahun ini.
Pengurusan PBSMM juga berharap dapat melakukan penambahbaikan bagi memastikan kualiti pertandingan terus meningkat dan dapat menarik pembabitan lebih banyak penaja.
Tahun ini, pendaftaran lima pemain dari Liga Super dibenarkan dengan tujuan merancakkan saingan dan memberi peluang kepada pasukan memperkuatkan barisan mereka.
Masalah jadual juga bakal diperhalusi terutama apabila mengambil kira pertandingan di akhir tahun yang sering dibelenggu masalah hujan dan musim tengkujuh.
Menurut Takiyuddin, PBSMM mempunyai beberapa perancangan masa depan termasuk membentuk sebuah pasukan untuk bersaing dalam Liga FAM dan liga-liga yang lebih tinggi.
“Ini tentunya memerlukan kos yang amat tinggi, harapan kami ia menjadi realiti pada tahun 2012. Pada masa ini, kami merancang untuk menjana dana menerusi aktiviti amal,” katanya.
Saingan tahun ini bermula sejak 5 November lepas tanpa menggunakan sistem zon seperti lazimnya. Sebaliknya 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan tanpa mengira zon.
Empat venue dipilih bagi perlawanan peringkat kumpulan iaitu Stadium Utama Negeri Kangar, Stadium Perak di Ipoh, Stadium UiTM di Shah Alam dan Stadium Sultan Muhammed ke-IV di Kota Bharu.
Dalam pada itu, penganjuran perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu semalam berjalan lancar tanpa sebarang insiden buruk seperti edisi tahun lepas.
Kelantan melengkapkan kejayaan tahun ini dengan mengetepikan Kedah pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Ia merupakan kejayaan berganda buat Kelantan yang sebelum ini berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.
Kelantan menundukkan Kedah 4- 3 menerusi penentuan penalti, sekali gus memberikan hadiah berganda buat 10,000 ribu penyokong Red Warriors yang hadir memberi sokongan padu di Stadium Sultan Mouhammed ke-IV Kota Bharu itu.
Dengan kemenangan itu, Kelantan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan piala manakala Rosairil Asrol Mat Nor dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan.
Petikan : Kosmo!Online
09 December 2010
Skuad Kelantan 2011 : Padah Tidak Balas Notis
TIGA bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.
Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.
Mereka didakwa tidak membalas notis tawaran lanjutan kontrak yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang membawa maksud pemain-pemain tersebut telah bersetuju untuk bersama Kelantan bagi musim 2011.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain yang melanggar syarat tersebut boleh dikenakan hukuman penggantungan selama semusim.
“Notis tersebut dikeluarkan pasukan dalam tempoh tiga bulan sebelum kontrak tamat. Jika pemain mendapat tawaran pasukan lain untuk musim berikutnya, mereka perlu membalas notis itu dalam tempoh 14 hari.
“Namun jika pemain tidak balas langsung notis tersebut, maka secara automatik mereka dianggap bersetuju menyambung kontrak dan perjanjian bersama pasukan itu akan terus berkuat kuasa untuk musim berikutnya.
“Tetapi jika pemain tidak menerima notis lanjutan kontrak itu dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum kontrak tamat, barulah dia bebas untuk berpindah ke pasukan lain,” jelas Takiyuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Namun Kosmo! difahamkan, dua lagi bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan baru iaitu Akmal Rizal Rakhli (Perak) dan Hairuddin Omar (Negeri Sembilan) tidak berdepan masalah kerana mereka tidak menerima notis tawaran lanjutan kontrak daripada KAFA.
Takiyuddin memberitahu, setakat ini jawatankuasa FAM itu masih belum menerima sebarang aduan atau bantahan daripada mana-mana persatuan negeri dan kelab termasuk KAFA.
“FAM belum menerima apa-apa bantahan. Tetapi kita tidak tahu jika ada persatuan yang akan mengemukakan bantahan ini selepas tarikh akhir pendaftaran pemain musim 2011 iaitu pada 15 Disember ini.
“Jika selepas tarikh tersebut pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama pasukan baru dan mahu berpatah balik kepada pasukan lama kerana mereka melanggar syarat tersebut, ia sudah terlambat.
“Ini merupakan peringatan penting buat semua pemain supaya bertindak mengikut peruntukan dalam kontrak sebelum mereka membuat apa-apa keputusan,” tegasnya.
Petikan : Kosmo!Online
AmmBoi : Emm..bagi diorang rasa sikit akibat tak ikut undang-undang yang sepatutnya. Bukannya main blah macam tu jer. Korang datang dengan baik, kalu nak pegi pun apa salahnya dengan cara baik jugak. Jangan jadi macam kacang lupakan kulit.
03 December 2010
Skuad Kelantan 2011 : Khalid Jamlus Kembali Bersama Kelantan
Sikap 'tak kenang budi' 3 tonggak utama Kelantan 2010 sudah boleh kita lupakan. Sekarang ini peminat Kelantan perlu fokus untuk terus berikan sokongan pada pasukan demi kejayaan musim 2011. Kehadiran 3 'orang lama' perlu kita hargai dengan sebaiknya. Walau sudah berusia, mungkin pengalaman mereka boleh dijadikan sebagai sandaran "The Red Warriors" 2011.
Kehadiran 3 'orang lama' yang ammboi maksudkan ialah, bekas penyerang kebangsaan Khalid Jamlus, Wan Rohaimi dan juga Danial Fadly Abdullah. Mereka pernah bersama Sathianathan bersama kem pasukan kebangsaan dan pastinya mudah serasi dengan corak kejurulatihannya.
![]() |
| Petikan Kelate.Net |
Khalid Jamlus Kembali Bersama Red Warriors
KOTA BHARU – Juara Piala Malaysia, Kelantan mengambil langkah berani apabila menyenaraikan tiga ‘orang lama’ sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2011 yang akan bermula pertengahan tahun depan.
Tiga ‘muka lama’ tersebut ialah Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi The Red Warriors musim 2009, Mohd. Khalid Jamlus.
Kemasukan ketiga-tiga pemain tersebut menjadikan enam muka baru yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan Kelantan selepas K. Soley, Muhamad Abdul Aziz Ismail dan Nurul Azuan Roya.Kemasukan Khalid dan dua lagi rakannya itu disahkan sendiri oleh Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam yang memberitahu mereka akan mengisi kekosongan sekiranya ada pemain berhijrah.“Khidmat ketiga-tiga pemain ini masih lagi boleh digunakan, mereka ada banyak pengalaman dan dua daripada mereka pernah bersama saya ketika mewakili negara.
“Khalid seorang pemain penyerang yang hebat terutama dalam kotak penalti, begitu juga dengan Daniel Fadli yang masih lagi mampu merencanakan barisan tengah Kelantan termasuklah Wan Rohaimi untuk memantapkan lagi barisan pertahanan,” ujarnya.
Sathianathan berkata, dengan gabungan pemain sedia ada ditambah pemain baru, beliau yakin mereka mampu memberikan sesuatu buat The Red Warriors untuk musim hadapan sekurang-kurangnya mengulangi apa yang telah dilakukan pada musim lalu.
Ditanya sama ada tindakan tersebut bakal menerima kritikan daripada peminat, Sathiatahan memberitahu beliau sedia berhadapan dengan situasi tersebut.
“Keadaan ini hampir sama apabila Akmal Rizal dan Hairuddin untuk beraksi bersama Kelantan musim lalu. Ramai yang kata mereka dah tak boleh main. Tetapi akhirnya mereka telah buktikan sesuatu dan kita mampu menjadi juara, begitu juga dengan situasi ini,” ujarnya.
Tambahnya, beliau menganggap ia sebagai cabaran untuk melakukan yang terbaik pada saingan musim hadapan.“Bagi saya usia bukanlah penghalang, apa yang peting ketiga-tiga pemain ini perlu bekerja lebih keras dan memberikan tumpuan penuh pada sesi latihan,” tegasnya.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu dia masih lagi menunggu kehadiran tiga tunggak yang membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia iaitu Kapten pasukan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.
“Sehingga hari ini, saya masih lagi belum merima apa-apa maklumat tentang ketiga-tiga pemain ini dan mereka masih lagi belum menjalani latihan bersama Kelantan,” ujarnya.
Semoga THE RED WARRIORS terus maju tahun 2011!
Skuad Kelantan 2011 : Mungkin Kehilangan 3 Tonggak Utama
Pasukan Kelantan masih gagal mendapatkan pengesahan daripada 3 pemain utamanya untuk musim 2010 apabila pemain berkenaan gagal melaporkan diri pada sesi latihan pertama pasukan. Pemain berkenaan mungkin akan dikenakan tindakan pergantungan iaitu larangan beraksi dengan mana-mana pasukan musim depan kerana telah melanggar kontrak dengan KAFA.
Pemain yang ammboi maksudkan ialah Kapten musim 2010 , Indra Putra, Azizi Che Ros dan Norfarhan. Ketiga-tiga mereka pernah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan T-Team. Biasalah, mungkin mereka menerima gaji yang lebih mahal kot.
KAFA Belum Dapat Khabar Berita Daripada Tiga Tonggak
KOTA BHARU – Misteri ketiadaan tiga tonggak utama pada sesi latihan hari pertama skuad Liga Super Kelantan masih belum lagi terungkai apabila pihak persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sendiri belum dapat mengesahkan secara rasmi mengenai kehilangan pemain tersebut.
Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin, perancang tengah, Mohd Norfarhan Muhammad dan pemain pertahanan, Azizi Matt Rose tidak melaporkan diri dalam sesi latihan pertama bersama skuad Kelantan dua hari lalu.
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim berkata, sehingga kini ketiga-tiga pemain tersebut tidak memaklumkan secara rasmi mengenai ketidakhadiran mereka dalam sesi latihan pertama skuad Kelantan di Kota Bharu dua hari lalu.
“Saya boleh mengesahkan bahawa ketiga-tiga pemain tersebut tidak melaporkan diri bersama Kelantan dua hari lalu. Saya pun tidak tahu dan tidak ada berita mengenai mereka. Yang pasti mereka tidak memberitahu alasan ketidakhadiran mereka dalam sesi latihan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Sehingga kini, pihak pengurusan masih menanti kehadiran mereka. Kita masih memberi peluang kepada mereka untuk hadir (melaporkan diri) memandangkan mereka masih terikat sebagai pemain Kelantan untuk musim depan.
“Kalau mengikut terma kontrak pemain, ketiga-tiga pemain tersebut masih lagi dianggap pemain Kelantan berikutan kontrak mereka dilanjutkan selama dua tahun lagi bersama Kelantan kerana apabila mereka tidak membalas surat tawaran yang dikemukakan kira-kira tiga bulan lalu, maka secara automatik mereka dikategorikan akan mewakili Kelantan,” katanya.
Menurut Azman, sebelum ini beliau dimaklumkan bahawa kelibat Indra Putra Mahayuddin kelihatan di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan sebagai menghadapi persiapan Kejohanan Piala AFF Suzuki tidak lama lagi.
“Saya difahamkan beliau ada menjalani sesi latihan disana, namun laporan akhbar (bukan Sinar Harian) semalam menyatakan beliau tidak terpilih mewakili skuad kebangsaan. Itu yang saya dengar berdasarkan laporan akhbar.
“Dalam kes Mohd Norfarhan (Muhammad), memang beliau ada memohon pelepasan daripada pihak Kafa untuk membolehkan beraksi dengan pasukan lain, namun Kafa tidak meluluskan permohonan beliau.
“Sementara Azizi (Matt Rose) pula sebelum ini sudah berjanji untuk datang menandatangani kontrak bermain namun sehingga kini tidak muncul-muncul lagi ko Kota Bharu.
Sementara itu, Azman berharap para peminat Kelantan tidak gusar mengenai situasi yang melanda skuad Kelantan sekarang sebaliknya terus memberi sokongan kepada pembentukan pasukan bagi menghadapi musim baru yang akan bermula pertengahan bulan Januari nanti.
Petikan : Kelate.Net
02 December 2010
Pemain Kelantan Dapat ' BONUS '
KERAJAAN Kelantan akan menunaikan janji memberi imbuhan RM200,000 kepada pemain skuad The Red Warriors selepas menjuarai Piala Malaysia musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, insentif itu adalah sebagai menghargai pemain Kelantan yang membawa pulang piala berprestij itu ke Kelantan setelah menunggu hampir 80 tahun.
Menurutnya, majlis penyerahan imbuhan itu akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas mendapat ketetapan tarikh daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
"Anugerah itu diluluskan dalam mesyuarat Exco hari ini (semalam) dan kita tunggu pihak KAFA untuk adakan majlis makan bagi penyerahan anugerah wang itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan Kelantan di Kota Bharu semalam.
Kelantan muncul juara Piala Malaysia selepas menewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 Oktober lalu.
Gol Kelantan dijaringkan oleh Hairuddin Omar minit ke-57 dan Mohd. Badri Radzi minit ke-64 manakala gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Shahurin Abu Samah menerusi sepakan penalti minit ke-12.
Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan KAFA untuk membahagikan wang tersebut.
Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat Exco turut meluluskan pelupusan cukai lima peratus terhadap 13 perlawanan bola sepak antara April dan September terhadap KAFA yang berjumlah RM120,794.
Katanya, sebelum ini kerajaan negeri telah melupuskan cukai yang sama berjumlah RM257,546 pada April lepas.
"Dengan pelupusan terbaru itu, kerajaan negeri telah melupuskan cukai sebanyak RM378,341 sebagai sumbangan kerajaan negeri kepada pembangunan sukan bola sepak Kelantan," katanya.
Petikan : Kosmo!Online
30 November 2010
Skuad Kelantan 2011
Kehangatan musim 2011 makin terasa. Tanggal 15 Januari 2011 dirasakan terlalu lama untuk sepak mula Liga Super 2011. Apa tidaknya, semua pasukan kini giat memperkemaskan pasukan masing-masing. Pemain bintang mula menjadi sasaran untuk mencapai kekuatan yang maksimum. Itulah yang menjadikan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa bengang dengan sikap beberapa pasukan yang cuba memancing pemain dengan bayaran yang lebih mahal. Siapakah bakal tonggak Kelantan 2011?
Bagi ammboi, dengan barisan tak rasmi ini, skuad Kelantan pasti mampu untuk terus 'mengGOMO' pasukan-pasukan lain. Asalkan fokus dan mentaliti pemain terus utuh dan semangat untuk menang tetap kuat. Barisan pemain The Red Warriors (TRW) 2011 akan cuba menakluk LIGA SUPER dan mempertahankan PIALA MALAYSIA di bumi Cik Siti Wan Kembang ini.
SENARAI SKUAD KELANTAN 2011
1. Khairul Fahmi Che Mat - 30
2.Mohd Shahrizan Ismail - 22
3. Azizi Mat Rose - 2
4. Subramaniam a/l Sooryapard - 3
5. Khairan Eroza Razali - 5
6. Mohd Farisham Ismail - 6
7. Mohd Nizad Ayub - 7
8. Mohd Shakir Shaari - 8
9. Norshahrul Idlan Talaha - 9
10. Mohd Nor Farhan Muhammad - 10
11. Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin - 12
12. S Chanturu a/l Suppiah - 13
13. Mohd Daudsu Jamaludin - 15
14. Mohd Badhri Mohd Radzi - 16
15. Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid - 17
16. Wan Zaman Wan Mustapha - 18
17. Zul Yusri Che Harun - 19
18. Indraputra Mahayuddin - 23
19. Zairul Fitree Ishak - 24
20. Mohd Zamri Ramli
21. K. Soley
22. Mohamad Abdul Aziz Ismail
23. Mohd Nurul Azwan Roya
24. Mohd Ramzul Zahini Adnan
SENARAI PEGAWAI 2011
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan:
Haji Azman Ibrahim
Pengurus Merangkap Ketua Jurulatih:
B Sathianathan
Penolong Jurulatih:
Mohd Hashim Mustapha
Mohd Sidek Shamsuddin
Jurulatih Penjaga Gol:
Ismail Chawailit Abu Bakar
Pegawai Media:
Wan Badri Bin Hj Wan Omar
Pegawai Perubatan/Fisio:
Ahmad Faris Musa
Pegawai Keselamatan:
Adenan Che Musa
Kitman:
Harun Ismail
p/s : Senarai ini masih belum mendapat pengesahan dan akan diumumkan secara rasmi oleh Presiden KAFA
Sumber : Kelate.Net
Artikel Berkaitan :
Review Pasukan Kelantan 2011
Siapakah "TUNJANG SEBENAR" Kejayaan The Red Warrior
26 November 2010
Siapakah "TUNJANG SEBENAR" The Red Warriors
Ammboi tertarik untuk mengulas apa yang ammboi baca dalam artikel terbaru dalam laman kelate.net. Ianya sememangnya boleh ammboi kelaskan n3 5 bintang yang berjaya menyemarakkan jiwa dan semangat penyokong juga semua yang telah terlibat dengan kejayaan TRW.
Penulis yang menggelarkan dirinya RENJUNA, berjaya mengolah dengan baik berkenaan kejayaan TRW 2010. Lengkap dengan semua cerita berdasarkan fakta serta bukti-bukti yang kukuh.
Sememangnya kejayaan TRW banyak terarah kepada beberapa pemain. Namun demikian, tanpa sokongan rakan sepasukan, pihak pengurusan, kerajaan negeri, penaja dan paling diingati "BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK KELANTAN", Tan Sri Annuar Musa (TSAM) nyata TRW takkan mudah untuk keluar dari zaman suramnya.
SEMOGA PASUKAN KELANTAN (TRW) TERUS BERJAYA!
22 November 2010
Review Pasukan Kelantan 2011 : 1
Episod baru bolasepak Malaysia 2011 bakal bermula tidak lama lagi. Setiap pasukan sibuk memperkemaskan skuad masing-masing bagi mengharungi saingan musim hadapan. Gelora 'Perwira Merah' juga tidak kurang hebatnya apabila menyambut kedatangan 3 muka baru yang sedia berjuang bersama skuad bergelar The Reds Warrior ini. Namun TRW terpaksa melepaskan 2 pemain yang mahu mencari ruang beraksi bersama pasukan lain. Siapakah gerangan mereka yang ammboi sebutkan tadi?
Pengurusan TRW telah bersetuju untuk melepaskan 2 pemain utamanya. Mereka adalah Akmal Rizal dan seorang lagi ialah HERO Piala Malaysia 2010, Hairuddin Omar. Akmal telah disahkan bakal menyarung jersi Perak manakala Hairuddin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu perpindahan beliau. Khabarnya Hairuddin bakal menyarung jersi Terengganu?
Skuad Kelantan juga terpaksa menerima permohonan Syed Adney untuk mencari pasukan baru. Ammboi rasa beliau sememangnya perlu mencari pasukan baru berikutan PRESTASI MEMBANGGAKAN Khairul Fahmi kan..?
3 muka baru yang bakal beraksi bersama skuad Kelantan 2011 ialah, K Soley - dari Perlis, Mohd Nurul Azwan Roya - Johor FC, dan Mohamad Ab. Aziz Ismail - KL Plus. Tenaga baru ini amat diperlukan untuk memperkemaskan jentera pasukan Kelantan.
![]() | |
| Tan Sri Annuar Musa akan terus kekal sebagai Presiden KAFA | (Pic from Kelate.Net) |
Kesemua pemain lain dikekalkan melainkan 3 pemain yang tidak disambung kontrak iaitu Halim Napi, Che Hishamudin, dan Sarudi Aziz. Mereka bakal diserapkan sebagai jurulatih kelak.
Jurulatih pasukan, B. Sathianathan dikekalkan untuk terus membimbing Pasukan Kelantan untuk musim kedua.
Sumber : Kelate.Net
30 October 2010
Final Piala Malaysia 2010 : Siapa Bakal Juara?
Debaran makin terasa. Malam ini adalah penentuannya. Adakah 'The Red Warrior' akan memecahkan kebuntuan 40 tahun untuk bergelar juara atau Sang Rusa sekali lagi menyekat kejayaan yang mahu dicipta oleh Sang Kijang?
Perang mulut antara 2 jurulatih telah memanaskan keadaan...
B. Sathianatan kata Wan Jamak pengecut... "...sengaja menggunakan alasan pemain muda bagi mengelakkan malu apabila kalah...".... Betul ke?
Post Top Ad
Your Ad Spot














