SEDIAKAN TEMPAT PARKING SECUKUPNYA DULU SEBELUM BERTINDAK - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

06 June 2011

SEDIAKAN TEMPAT PARKING SECUKUPNYA DULU SEBELUM BERTINDAK

Alhamdulillah, bersua lagi kita dalam ruangan blog yang tidak seberapa ni. Dalam tempoh beberapa minggu ni, macam-macam hal yang berlaku. Tak cukup dengan gejala sosialnya la, ada pulak yang sengaja mengadakan cerita panas lagi sensasi mungkin untuk menarik perhatian ramai. Juga isu ekonomi yang semakin menggugat 'selera makan' rakyat jelata macam ammboi ni. Dalam erti kata lain yang lebih singkat, macam-macam hal la yang terjadi.



Namun demikian ammboi malas nak menyentuh pasal isu berkenaan tambahan pula si pembuat video klip panas tu dah mengamuk pada blogger yang menyamakan blogger ni macam anjing! huh..berat tuduhan tu. Kali ini ammboi nak menyeru dengan kerajaan kita sekarang ni agar lebih mengutamakan rakyat daripada segalanya dulu. Bukan hanya slogan semata-mata, namun buktikan apa yang dikata. Kes lain ammboi malas nak panjangkan, cuma disini ammboi nak sentuh isu saman trafik ni.


Kalau saman yang melanggar undang-undang dan membahayakan pengguna lain tu memang ammboi sokong 100%. Kalau ammboi buat salah macam tu pun ammboi memang akan mengaku bersalah jer. Tak kiralah kena bayar ke, hape ker..dah memang kita membahayakan nyawa orang lain. Bagaimana pula dengan isu parking? Ada hamba Allah ni telah terkena dengan kes parking nih. Kalau ikut undang-undang mereka menyatakan kesalahan meletakkan kenderaan dimana-mana lokasi trafik. Itu ada benarnya. Tapi bertimbang rasalah sikit.

KES 1

Takkanlah pergi pasar malam beli makanan tak sampai 10 minit baru habis RM10 tapi kena bayar saman RM100!!!? Parking terhad. Baik tak payah buat pasar malam kat situ dan takde la nak kerah keringat hamba rakyat nih. Yang menyaman pulak memang sah-sah dah macam menunggu ikan masuk perangkap. Masa kereta parking mereka datang. Kalau betul nak jaga trafik korang kenalah kawal kat situ dan bagi arahan agar pengunjung tak meletakkan kenderaan disitu (Jika memang menyekat laluan kenderaan lain). Bukannya datang nak saman jer. Ammboi rasa sikap bertimbang-rasa wajar diamalkan selagi yang disaman tu tak menyebabkan kesesakan lalulintas. Seluas-luas jalan 3 lorong takkan nak gunakan selorong untuk meletak kenderaan seketika tak boleh. Kalau acara macam JOM HEBOH, MAHA, dan lain-lain boleh pulak parking sampai ber KM-KM.

KES 2

Biasanya ditempat-tempat yang sering menjadi tumpuan seharian seperti bank, sekolah dan sebagainya. Kat lokasi macam inilah yang selalu ammboi lihat ramai pengguna terperangkap. Yela, mereka perlu ke bank untuk urusan seperti masukkan duit atau keluarkan duit serta mungkin urusan yang lebih penting lagi. Yang nyata parking memang tak ada. Biasanya lokasi macam ini tersangatlan kurang tempat meletak kenderaan macam kereta. Bila letak kereta sekejap dibahu jalan ammboi perhatikan dah ada dah 'yang menyaman' ni datang. Begitu jugak kat kawasan sekolah, biasanya sekolah kebangsaan la, kalau sekolah yang jenis-jenis tu memang takde penguatkuasa nih, terus ada polis untuk siap jaga trafik lagi. Kalau sekolah kebangsaan, parking kereta jap dah ada 'yang menyaman datang' siap bawa towing lagik. Aduss..kesiannya. Bayangkan nak tunggu anak sekolah pun susah ni kan pulak kalau ada urusan disekolah. Sah dah mana boleh masuk dalam sekolah, terpaksa parking kat luar dan bila keluar kereta dah kena tarik. Ni lagi malang ni. Macam tahu-tahu pulak disitu akan menjadi lubuk untuk keluarkan saman. 

Benda ni ammboi dah perhatikan lama dah. Kalau betul pihak berkuasa tahu lokasi tu menjadi kawasan panas untuk meletakkan kenderaan, silalah ambil tindakan sewajarnya seperti menyediakan parking tambahan ke dan janganlah bersikap tidak bertimbang-rasa. Saman yang dikeluarkan bukannya murah, RM100 tu dah mencecah 1/10 daripada gaji sesetengah pekerja sengkek macam ammboi nih.

p/s : pasar malam disediakan untuk menjana pendapatan peniaga, sambil tu menjana jugak pendapatan pihak berkuasa ke?

moral : sikap bertimbangrasa penting untuk menjamin keharmonian rakyat / pengguna selagi tidak menyusahkan pengguna lain.

pesanan : ammboi bukannya nak merusuh mahupun menghasut. ambik yang positif. ini cuma teguran rakyat biasa yang hina dina. apa yang ammboi cerita melalui penilaian ammboi sendiri. sekian terima kasih.

21 comments:

Firdaus Life said...

haha memang bengang kalau dapat saman macam kes 1 dan 2 tu

10 Tips Menawan Hati Lelaki

Ringgo said...

semua mencari peluang ja ..

Unknown said...

betul tu...parking kat malaysia ntah apa-apa...Jom Baca Bekas Kekasih

rafina mimi abdullah said...

lebih senang x payah pakai keta la am..naik beskal je x payah parking2..hehehe :)

rafina mimi abdullah said...

lebih senang x payah pakai keta la am..naik beskal je x payah parking2..hehehe :)

ASSOYFINGER67 said...

sokong....!!!!Lebih senang menyaman dari buat tempat parking..mana aci!

ammboi said...

@Freaky mmg betul2 bengang la freaky.. apa yg diorang tahu hanya nak saman...

ammboi said...

@Ringgo tu la..kalau betul nak jaga lalulintas apa salahnya buat kajian mcm mana nak tambah parking kat situ.. cari penyelesaian dgn berfikir bukannya dengan cara mcm diktator...

ammboi said...

@Ila ntah ler.. parking pun satu hal jadinya...

ammboi said...

@Mrs.Yie naik beskal pun kena jg2 jugak kak kalau tak beskal pon boley hilang senang nak angkut...hihi

ammboi said...

@ASSOYFINGER67 ye ye.. mekasih sudi sokong.. harap ada pihak yg berkenaan sudi membaca artikel ni.. jgn ammboi plak kena saman sudah..hehe

puanbee said...

betui tu nk pergi sana sini kena keluarkan duit duk rumah je lah kang rakyat gemuk salahkan nasi lemak ..haa kene mengena tak ?

apek poyo said...

haaa..btl laa...kalau tak boleh menyediakan perkhidmatan jangan la bertindak ikut suka hati..
kan ke menyusahkan org nak berurusan..

PenDekAr LauT said...

si pemberi saman tu memang menjalankan tugas. Dia tak salah. Sepatutnye tempat2 yg menjadi tumpuan org ramai perlu buat kajian kesesuaian tempat tersebut utk dibangunkan sbg tempat kunjungan umum. Perlu di kaji dr semua aspek.

kpah k-poh Sharifahnor said...

akak rela jalan jauh sikit..dari kena saman..pernah kena saman pun..

ammboi said...

@puanbee hehe..ada sangkut paut gak tu kak..

ammboi said...

@apek poyo yela.. tapi ammboi rasa mcm tak puas hati la selagi depa yg berkenaan tu x baca pasal ni.. padahal dh berlambak ada dlm byk blog lain isu yg mcm ni..

ammboi said...

@apek poyo yela.. tapi ammboi rasa mcm tak puas hati la selagi depa yg berkenaan tu x baca pasal ni.. padahal dh berlambak ada dlm byk blog lain isu yg mcm ni

ammboi said...

@PenDekAr LauT betul jugak tu.. tp bab timbang rasa, rasanya diorang la yg wajar bertimbang rasa.. setakat trafik ok apa salahnya parking sekejap..

ammboi said...

@kpah k-poh hehe..kena saman jugak ker.. nak wat mcm mana.. sabar ler kak...

mama aini said...

sekarang ni semua tempat susah sangat nak cari tempat parking..nak buat camne..dia org dengar tak keluhan kita2 ni ek?...

Post Top Ad

Your Ad Spot