AMMBOI.COM: Info Pengguna

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot
Showing posts with label Info Pengguna. Show all posts
Showing posts with label Info Pengguna. Show all posts

10 June 2011

INSURAN KENDERAAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA KITA?

10.6.11 0
Salam 1Malaysia Semua. Blog ammboi masih lagi bermasalah. Pening jugak memikirkannya. Sebabnya, hanya semasa di pejabat sahaja blog ni bermasalah. Kat rumah 100% ok. Pesanan terbaru yang ammboi terima, nak tulis komen pun dag tak boleh dah. Betul ke? Emm..takpe. Tolak ketepi dulu isu tu.


Asalkan korang masih lagi boleh membaca blog ammboi pon alhamdulillah. Kali ni ammboi nak bincangkan isu Insuran Kenderaan ni. Boleh ammboi katakan semua orang mesti ada kenderaan yang perlu diinsurankan kan? Tolak basikal jela. Kereta mahupun motosikal wajib membayar insuran. Tapi apa kepentingan insuran ni kepada kita? Sejauh mana syarikat insuran ni boleh melindungi hak kita? Third Party, kenapa susah sangat nak claim?
Read More

06 June 2011

SEDIAKAN TEMPAT PARKING SECUKUPNYA DULU SEBELUM BERTINDAK

6.6.11 21
Alhamdulillah, bersua lagi kita dalam ruangan blog yang tidak seberapa ni. Dalam tempoh beberapa minggu ni, macam-macam hal yang berlaku. Tak cukup dengan gejala sosialnya la, ada pulak yang sengaja mengadakan cerita panas lagi sensasi mungkin untuk menarik perhatian ramai. Juga isu ekonomi yang semakin menggugat 'selera makan' rakyat jelata macam ammboi ni. Dalam erti kata lain yang lebih singkat, macam-macam hal la yang terjadi.



Namun demikian ammboi malas nak menyentuh pasal isu berkenaan tambahan pula si pembuat video klip panas tu dah mengamuk pada blogger yang menyamakan blogger ni macam anjing! huh..berat tuduhan tu. Kali ini ammboi nak menyeru dengan kerajaan kita sekarang ni agar lebih mengutamakan rakyat daripada segalanya dulu. Bukan hanya slogan semata-mata, namun buktikan apa yang dikata. Kes lain ammboi malas nak panjangkan, cuma disini ammboi nak sentuh isu saman trafik ni.
Read More

31 May 2011

BIL LETRIK NAIK ESOK | BAJET 2011 TERUS SEMPUT

31.5.11 11
Berkuatkuasa esok, takrif elektrik akan dinaikkkan. Tak silap ammboi lebih 7% ler jugak. Baru jer hati mau senang minyak tak jadi naik. Rupa-rupanya kat sini plak yang naik. Dalam suratkhabar cakap... "PENIAGA JANGAN AMBIK KESEMPATAN..." tapi ternyata itu hanyalah cakap-cakap semata jer. Macam biasa-biasa. Mereka takkan nak naikkan harga barang esok sebab sudah tentu ramai yang bising. Taktik peniaga zaman lani mereka tunggu isu ni reda dulu, baru KEBABBOOOOMM! naikkan harga. Tak ker gitu?
Read More

17 December 2008

APA DAH JADI...?

17.12.08 0
Perkara telah berlalu selama lebih setahun. Namun ianya masih belum selesai dan kawan saya terpaksa menguruskan hak ini sekali lagi. Sedangkan beliau telah beranggapan perkara tersebut berjaya diselesaikan. Silap beliaukah kerana tdk mengendahkan hal tersebut sehinggakan pegawai yg menguruskan rupanya masih belum menyelesaikannya.

Apa yang berlaku?

Ini ialah masalah pembayaran gaji yg dibuat setelah kawan saya tadi berhenti berkhidmat dlm sebuah jabatan kerajaan secara kontrak. Beliau hanya sempat bekerja selama lebih kurang 6 bulan sahaja, kemudian beliau berhenti kerana mengambil keputusan utk sambung belajar. Notis berhenti kerja selama 30 hari telah dibuat sebagaimana yg diminta oleh pihak yg berkenaan. Atas budi bicara pihak tersebut beliau telah dibenarkan utk meletakkan jawatan pada bulan Jun 2006. Ini bermakna beliau bukan lagi kakitangan jabatan tersebut berkuatkuasa 1 Julai 2006.

Namun atas kesilapan teknikal (rasanya) jabatan tersebut masih meneruskan pembayaran gaji utk bulan Julai 2007. Oleh yg demikian, jabatan tersebut telah membuat tuntutan pembayaran balik gaji tersebut. Perkara ini sememangnya kawan saya kena akur kerana beliau mmg tdk layak utk menerima gaji tersebut.

Utk menyelesaikan hal ini, kawan saya terpaksa balik kampung dan ponteng kelas. Berapa byk subjek yg terpaksa dia abaikan tu. Bila disemak akaun bank, gaji yg dikatakan masuk tu takde.... Abistu apa hal lagi. Jabatan tersebut telah meminta salinan penyata bank utk membuktikan hal berkenaan. Terpaksala memohon penyata bank dan dikenakan caj pekhidmatan lagi.

(Dah la sdg belajar, kena pulak tinggal kelas, kena guna duit sendiri lagi....)

Kawan saya telah membuat surat seperti yang diminta dan melampirkan penyata bank tersebut. Surat ini telah dihantar melalui sebuah jabatan negeri. Ingatkan dah setel, tetapi....

Pada 15hb December 2008 yg lepas, kawan saya telah menerima panggilan dpd adiknya dikampung menyatakan surat tuntutan pembayaran balik gaji tersebut sampai kat rumah lagi...

Ini bermakna kes tersebut tak selesai lagi la....

Apa dah jadi....?
Read More

15 December 2008

KENAPA SUSAH NAK TURUNKAN HARGA BARANG???

15.12.08 0
Harga minyak dah turun, tapi harga barang masih tak turun-turun. Kenapa? Berat hati sgt ke? Cukuplah, dah untung byk sgt dah tu. Kenapa masih ingkar? Sedangkan masa nak naikkan harga dulu bukan main senang. Tanpa memikirkan nasib mereka yg susah dan berpendapatan rendah. Dulu hentam kerajaan kerana menaikkan harga minyak dan mereka terpaksa menaikkan harga barang kerana tak mahu tanggung kerugian. Tu jela alasannya. Apa2 hal terus salahkan kerajaan. Namun mereka sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan.

"Rakyat yg miskin makin susah, yg kaya makin senang-lenang..."

Bala dah menimpa, mereka yg terlampau senang dah rasa azabnya. Nak cari untung semata, sekali kena beratus ribu & berjuta ditanggungnya. Ketika banjir melanda, org2yg lemah dan susah terpaksa menanggung derita. Sabarlah, itu ujian tuhan. Banyakkan berdoa dan terima dugaan dengan hati redha. Pastinya mereka banyak menanggung kerugian. Kerosakan harta benda dan sebagainya.

Apa kata yg kaya?

"Wa...nasib baik aku buat/beli rumah kat atas bukit.. Selamat.....hahaha..."

Kemudian, ujian tuhan sekali lagi melanda kepada mereka yg lupa utk bersyukur, dan mereka yg lupa utk mengasihani mereka yg lemah. Sekali tanah runtuh, bukit merekah, menghempap kediaman, semuanya terus musnah. Bukan semuanya dari jenis yg takabur, lupa diri dan tamak, tetapi mereka juga terpaksa menanggung derita yg sama. Inilah ujian tuhan. Bersabarlah, dan renung2kanlah.

Kita berada diatas muka bumi yg sama. Jauhi sifat tamak haloba. Kauntungan yg dicari takkan kekal lama, hilang sekelip mata jika dengan kemahuan-Nya. Kenapa masih berdegil lagi? Sehinggakan kerajaan pula dipersalahkan. Macam2 nak hentam kerajaan, siap mahu saman PBT lagi. Mereka masih lupa diri lagi. Hotel yg mereka menginap ketika bencana mahu kerajaan tanggung lagi?

Lupakah nasib org2 kampung, banjir melanda mereka cuma diami dewan sahaja. Makan mana yg ada sahaja. OOO..saya lupa mereka golongan org kaya. Mana boleh nampak lekeh saja.

Kaya, jgn sampai lupa asal usul kita. Ingatlah pd mereka yg teraniaya. Jgn lupa turunkan harga barang jika anda bukan golongan yg tamak haloba...???
Read More

13 June 2008

CELCOM HENTI SEMENTARA PERADUAN SMS CAMRY!

13.6.08 0
JAKIM mengarahkan agar CELCOM menghentikan sementara peraduan sms yg menawarkan sebuah Toyota Camry 2.0 selama 100 hari utk 100 buah kereta sehingga menunggu keputusan samada ia menyalahi hukum syarak atau tidak. Peserta yg ingin berhenti dari peraduan tersebut boleh menaip STOP dan hantar ke 22222.
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot