INSURAN KENDERAAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA KITA? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

10 June 2011

INSURAN KENDERAAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA KITA?

Salam 1Malaysia Semua. Blog ammboi masih lagi bermasalah. Pening jugak memikirkannya. Sebabnya, hanya semasa di pejabat sahaja blog ni bermasalah. Kat rumah 100% ok. Pesanan terbaru yang ammboi terima, nak tulis komen pun dag tak boleh dah. Betul ke? Emm..takpe. Tolak ketepi dulu isu tu.


Asalkan korang masih lagi boleh membaca blog ammboi pon alhamdulillah. Kali ni ammboi nak bincangkan isu Insuran Kenderaan ni. Boleh ammboi katakan semua orang mesti ada kenderaan yang perlu diinsurankan kan? Tolak basikal jela. Kereta mahupun motosikal wajib membayar insuran. Tapi apa kepentingan insuran ni kepada kita? Sejauh mana syarikat insuran ni boleh melindungi hak kita? Third Party, kenapa susah sangat nak claim?


Benda ni memang menjadi tanda tanya bagi kita yang lemah dalam bab insuran menginsuran nih. Kalau silap faham sikit mahunya kita kena hentam dengan agen insuran berkenaan. Ramai sudah tahu insuran kenderaan ni terdapat dua kategori. First Party dan Third Party. Kenapa takde second party ammboi pun tak tahu jugak. Yang First Party ammboi rasa mungkin nak claim tu takde masalah. Sebab bayarannya tu memang mahal lah. Lebih dua kali ganda dengan bayaran untuk Third Party. 

Jadi mungkin untuk meringankan beban rakyat, adanya Third Party dengan harga yang jauh lebih rendah. Tapi apa kepentingannya tu sedangkan kalau terjadi apa-apa pada kenderaan kita tu memang kira macam hangus la. Baik takde terus insuran Third Party tu daripada senang lenang syarikat insuran amik kesempatan untuk kaut keuntungan tu.

Ammboi pun masih tak payah dengan peranan insuran Third Party ni yang langsung tidak memberi kelebihan kepada pembeli insuran. Kalau korang ada pandangan mahupun teguran sudi-sudikanlah komen yer. Semoga kita sama-sama boleh manfaat dari perbincangan kali ini.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot