(AMARAN) JANGAN JAWAB NO TELEFON INI: 03-2178 8888 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

03 April 2014

(AMARAN) JANGAN JAWAB NO TELEFON INI: 03-2178 8888

Orang ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888. Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank (menyamar) akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera. 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau juga dikenali sebagai Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) kini sedang menyiasat kes ini. Sila laporkan kepada aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut. 

Apa itu spoofing?

Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar. Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda. - AMMBOI

p/s: No ini telah disebarkan sebagai bermasalah, kemungkinan mereka akan menukarkan kepada nombor lain. Harap semua berhati-hati dalam sebarang urusan dengan pemanggil yang mendakwa mereka dari mana-mana bank.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot