AMMBOI.COM: kontroversi

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot
Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

05 April 2014

RESPON ADI PUTRA ISU GAMBAR SEPARUH BOGEL TERSEBAR?

5.4.14 0
Kecoh baru-baru ini apabila sekeping foto yang didakwa Adi Putra dalam keadaan separuh bogel dengan hanya bertuala tanpa baju tersebar di internet. Foto tersebut didakwa telah dimuat naik ke laman Instagram oleh bekas suami kepada wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini. 


 Menurut Adi Putra, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan hanya mampu bersabar selagi dakwaan tersebut tidak ditujukan kepada isteri dan keluarganya.





"Saya tak tahu dan tak ambil tahu apa yang berlaku. Malah saya tidak akan mengambil tindakan apa-apa selagi ianya tidak melampaui batas. Saya sekarang belajar untuk bersabar sahaja dan tidak mampu untuk memarahi mereka. Sedangkan Rasul pun pernah diduga dengan pelbagai musibah sehingga dibaling tahi ke mukanya tapi dia masih bersabar. Biarlah orang nak kata cara saya membiarkan pihak sana membuat suka hati ni nampak seperti saya yang bersalah kerana ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada saya selain Allah sendiri meletakan salah itu kepada saya," jelasnya.
Read More

04 April 2014

PENJELASAN ZIELA JALIL ISU GAMBAR ‘MESRA’ DENGAN KEITH FOO

4.4.14 0
Ramai yang terkedu apabila melihat gambar yang dimuatnaik oleh penerbit drama Ariana Rose, Ziela Jalil di akaun Instagram nya. Sekali tengok, lagak mesranya bergambar dengan pelakon kacak, Keith Foo macam pasangan kekasih.


Ramai yang berpendapat, gambar tersebut kurang sesuai jika dibandingkan dengan penampilan Ziela sebagai wanita bertudung. Ia turut menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada para pengikut akaun tersebut yang nyata tidak senang melihat aksi penerbit itu. 



Menerusi Harian Metro, Ziela memberi penjelasan: 


“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun. 

 “Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat. Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. 

“Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang. 

 “Saya sebenarnya tak nak jawab mereka banyak-banyak kerana nanti tiada kesudahan. Sebenarnya saya tak pernah kata benda itu betul. Saya tak pernah nak halalkan benda yang tak betul. Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. 

 “Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau.” 

Ditanya adakah dia akan memadamkan gambar tersebut, ini jawapannya: 

“Saya tak akan buat begitu. Sebabnya saya nak ajar peminat ini agar orang menilai kata-kata mereka. Biar orang tahu cantiknya bahasa manusia. Tak dinafikan anak-anak saya amat marah dengan peminat ini, tapi saya minta biarlah saya selesaikan sendiri dan minta mereka hormat pada orang tua. 

“Apapun saya tak nak bersangka buruk dan menasihatkan mereka baik-baik dan berada dalam rahmat Allah SWT. Saya tak suka bergaduh dengan peminat selagi mereka tak sentuh mengenai anak-anak, arwah suami dan ibu. Saya akan marah jika disentuh soal itu.” 

Itu antara penjelasan Ziela Jalil dalam laporan berkenaan. Bagaimana? Anda boleh terima? Apapun sebagai manusia kita tak akan lari dari melakukan kesilapan. Cuma berdasarkan penjelasan dari Ziela diatas, beliau terima orang mengkritik atas kesalahannya namun dia kecewa dengan sesetengah daripada mereka yang lebih-lebih mengaibkannya.

Sumber: AMMBOI
Read More

03 April 2014

PENJELASAN JEP SEPAHTU ISU MAKI PEMINAT?

3.4.14 0
Semalam kecoh juga dengan isu pelawak popular, Jep yang merupakan anggota kumpulan Sepahtu didakwa maki peminat dengan kata-kata kesat. Isu berkenaan disiarkan menerusi satu ruangan hiburan sebuah akhbar dan penulis itu mendakwa dia menerima email dari peminat tersebut yang kecewa dengan tindakan Jep. 


Beberapa pihak media sudah cuba untuk mendapatkan penjelasan Jep, namun gagal kerana Jep tidak membalas sms dan panggilan dari mereka. Namun hari ini, menerusi laman Instagram miliknya, Jep telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai isu tersebut. 

Menurut Jep:

"Astagfirullah hal azim...ujian semakin hebat..Semoga yang mencipta fitnah ini sentiasa dirahmati Allah..Allah saja yang tahu betapa bersyukur nya saya ade peminat seperti anda...siapalah saya tanpa anda semua...Hasbunallahhuwanikmawakil..." Jelas dari kenyataan itu, Jep menafikan tuduhan berkenaan. Bagi ammboi, mungkin wujud salah faham ketika itu. Jadi harap ianya sudah selesai. 

Sumber: Instagram Jep Sepahtu (AMMBOI)
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot