Apa pekerjaan artis sebelum popular? Sebelum ini ammboi.com ada mengeluarkan info mengenai keputusan SPM artis kita. Sekarang jom baca mengenai pekerjaan artis kita sebelum bergelar pelakon terkenal.
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts
18 July 2018
04 July 2015
AZWAN ALI SELAR AZHAR SULAIMAN - 'KAU SIAPA NAK NASIHAT AKU'
Alahai. Nampaknya kontroversi Azwan Ali makin lama makin hangat! Sebelum ini pelakon Azhar Sulaiman ada menegur Azwan Ali mengenai sikap brutalnya dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.
Kalau anda baca teguran Azhar Sulaiman tu langsung tak ada kutuk Azwan Ali. Teguran Azhar Sulaiman itu boleh disifatkan daripada rakan untuk rakannya yang semakin sesat dalam kontroversinya.
Namun begitu, ia rupanya bukan mudah untuk diterima oleh selebriti sensasi bertaraf 'DIVA' itu. Kali ini, giliran Azhar Sulaiman pula diselar oleh Azwan Ali. Menurut Azwan Ali, dia hanya akan terima teguran dari artis yang mempunyai level lebih tinggi seperti Datuk Aznil dan Aaron Aziz. Jadi, Azhar Sulaiman adalah bukan sesiapa baginya.
"Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia? Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan. Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil. Level meraka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?"
HASRAT CHE TA SAMBUT RAYA SAKAN TERJEJAS, ZAIN SAIDIN MASUK HOSPITAL
Hasrat pelakon jelita, Rozita Che Wan, 43, untuk beraya ‘sakan’ terjejas apabila suaminya yang juga pelakon Zain Saidin, 31, terpaksa menjalani pembedahan lutut Isnin lalu akibat cedera selepas bermain futsal.
Punca Zain Saidin masuk hospital? Zain dimasukkan ke pusat perubatan swasta, di sini, Jumaat lalu selepas mengadu lutut kirinya semakin sakit sejak bermain futsal beberapa hari sebelum Ramadan lalu.
Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ligamen lutut kirinya terkoyak dan perlu menjalani pembedahan segera. Disebabkan itu, Zain perlu bertongkat selama lebih sebulan selain dinasihatkan tidak terbabit dengan aktiviti lasak selama enam bulan.
Rozita ketika dihubungi mengakui persiapan Aidilfitri mereka sedikit terganggu dengan kecederaan yang menimpa suaminya itu. “Pemandu kami pula bercuti Aidilfitri ini, jadi saya pening memikirkan siapa yang akan memandu kereta nanti,” katanya.
Baru-baru ini sumber media melaporkan Rozita sudah membuat persiapan Aidilfitri ‘beria-ia’ termasuk sudah menyediakan 20 pasang baju raya untuk diri sendiri dan anaknya, Aaisyah. Rozita turut mengakui berbelanja sakan mengikut kemampuan untuk membeli pakaian raya adalah antara rutin wajibnya setiap tahun selain ia adalah keperluan bersesuaian dengan kerjaya selebriti.
Ditanya adakah selepas ini dia menghalang Zain untuk bermain futsal dan bola sepak, Rozita berkata, dia berharap suaminya akan memilih sukan yang kurang mendatangkan kecederaan.
“Dia bukannya pemain bola sepak dan tak berbaloi jika berlaku kecederaan hingga terpaksa dibedah,” katanya.
Sementara itu, Zain berkata, selepas pembedahan dia perlu menjalani fisioterapi setiap hari. “Doktor menasihatkan saya, jika mahu segera sembuh ia perlu konsisten selama tiga bulan. Setiap kali rawatan mengambil masa dua jam.
03 April 2014
10 KEPUTUSAN SPM ARTIS DAN SELEBRITI POPULAR DI MALAYSIA?
Kali ini MNH nak berkongsi mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia. Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga.
Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.
Berikut adalah 10 keputusan SPM artis/ selebriti Malaysia:
- Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006
- Syura – 3A spm, 2004
- Siti Nordiana – 5A spm ,2000
- Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7
- Diana Danielle -2A 5B
- Sheila Rusly – Gred 2
- Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.
- Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990
- Najwa Latif 4 A
- Nasha Aziz – mungkin Gred 1 [ada kekeliruan pada keputusan beliau] hihi, mohon maaf
Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda.
p/s: Banyak lagi idola lain selain daripada artis kita, cuma ini salah satu contoh. Ambil yang baik, yang mana tak elok tu buang jauh-jauh. Jadikan sebagai panduan dan pengajaran. Insya ALLAH…
Nota: Keputusan SPM sumber dari internet.
Sumber asal: AMMBOI
2 FOTO: REAKSI NORMAN HAKIM JUMPA SUAMI BARU ABBY ABADI
Sebagaimana yang kita tahu bekas pasangan suami isteri Norman Hakim dan Abby Abadi kini sudah memiliki kehidupan sendiri. Masing-masing sudah mempunyai pasangan baru dimana, Norman sudah bernikah dengan Memey Suhaiza manakala Abby pula sudah menjadi isteri Farhan.
Kita juga tahu, hubungan Norman dan Abby tetap baik apatah lagi mereka memiliki anak-anak. Abby juga dilihat begitu rapat dengan Memey. Boleh dikatakan mereka selalu memuat naik gambar ketika bersama.
Bagaimana pula dengan Norman? Apa reaksinya ketika berjumpa Farhan?
Kalau sebelum ini agak kurang gambar Norman dan Farhan. Namun baru-baru ini Norman sempat bersemuka dengan suami baru Abby Abadi itu ketika sama-sama menyambut hari ulangtahun kelima anaknya.
Berikut ialah beberapa keping gambar menarik antara Norman Hakin dan Farhan yang sempat dimuatnaik di laman sosial sebagai tatapan peminat:
Gambar ini menurut sumber mungkin buat kali pertama dua jejaka ini berjumpa dan mereka berdua kelihatan sangat gembira dan santai. Perasaan benci dan dendam langsung tidak ada pada mereka. Baguslah kalau macam tu. Dah ada kehidupan masing-masing buat apa nak bising lagi kan. Semoga berbahagia semua hendaknya. Amin.
Sumber: AMMBOI
PENJELASAN JEP SEPAHTU ISU MAKI PEMINAT?
Semalam kecoh juga dengan isu pelawak popular, Jep yang merupakan anggota kumpulan Sepahtu didakwa maki peminat dengan kata-kata kesat. Isu berkenaan disiarkan menerusi satu ruangan hiburan sebuah akhbar dan penulis itu mendakwa dia menerima email dari peminat tersebut yang kecewa dengan tindakan Jep.
Beberapa pihak media sudah cuba untuk mendapatkan penjelasan Jep, namun gagal kerana Jep tidak membalas sms dan panggilan dari mereka. Namun hari ini, menerusi laman Instagram miliknya, Jep telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai isu tersebut.
Menurut Jep:
"Astagfirullah hal azim...ujian semakin hebat..Semoga yang mencipta fitnah ini sentiasa dirahmati Allah..Allah saja yang tahu betapa bersyukur nya saya ade peminat seperti anda...siapalah saya tanpa anda semua...Hasbunallahhuwanikmawakil..." Jelas dari kenyataan itu, Jep menafikan tuduhan berkenaan. Bagi ammboi, mungkin wujud salah faham ketika itu. Jadi harap ianya sudah selesai.
Sumber: Instagram Jep Sepahtu (AMMBOI)
22 May 2011
BERITA SEMASA | KENAIKAN ELAUN COLA
Kuala Lumpur - Kerajaan bersetuju manaikkan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas kakitangan awam kepada RM500.00 sebulan berkuatkuasa Jun 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat. Kenaikan Elaun Cola ini dikatakan akibat kesan kenaikan harga minyak dan barangan yang mungkin menjejaskan kehidupan kakitangan awam seluruh Malaysia. Baca selanjutnya yer.
03 April 2011
BiNTANG PALiNG POPULAR 2010 | ABPBH 2010
Siapa Bintang Paling Popular 2010. Jap lagi ABPBH2010 akan berlangsung. Takde aktiviti lain malam ni bolehlah ammboi layan ABPBH2010 ni kat kaca tv jer. (UPDATE!) Penuh kejutan dan sangat menghiburkan. Itu pendapat ammboi untuk ABPBH2010 ini. Gelagat 3 pengacaranya yang sudah tentu mengeletek hati sesapa, ABPBH2010 kali ini nyata lebih santai dan luar biasa.
02 April 2011
AMY SEARCH | PENGETUA BARU AKADEMI FANTASIA 9
Akademi Fantasia 9, dikhabarkan adalah AF musim terakhir. Yela, sudah musim kesembilan. Mungkin penonton sudah basi dengan gimik dan segalanya berkenaan AF ni. Namun apa yang pasti, setiap tahun pastinya AF akan menampilkan bakat baru yang mampu menghiasi warna seni tanah air.
Bagaimana pula dengan peranan Pengetua Akademi Fantasia yang baru ni, Amy Search. Adakah beliau mampu mencorakkan 'irama' baru dalam AF? Tanggungjawab beliau cukup besar sekali kerana perlu memastikan imej Akademi Fantasia kembali 'ceria' berikutan kejemuan penonton dalam aksi AF sebelumnya.
Post Top Ad
Your Ad Spot







