![]() |
| Tomahawk |
Tentera Perikatan sudah memulakan peperangan edisi terbarunya. Negara yang menjadi sasaran adalah Libya. 42 tahun pemerintahan Muammar Gaddafi. Mangsanya adalah rakyat Libya.
Dikhabarkan 48 terkorban manakala 150 orang lagi cedera akibat serangan berkenaan. Adakah ini salah satu propaganda barat mahu menakluk negara yang kaya dengan minyak?
AS ambil kesempatan uji peluru berpandu Tomahawk versi terbarunya ketika mengebom Libya. Tomahwak berupaya terbang pada ketinggian yang rendah dan laluan sukar serta mampu terbang dengan kelajuan supersonic. Ianya sukar dikesan dan boleh digunakan untuk menyerang pada waktu siang.











