Memang menjijikkan. Itulah hakikatnya benda yang terpaksa kita telan/makan secara tak sengaja. Konfom kalaulah kita tahu benda tu macam ni, mesti kita tak boleh makan apa-apa kan. Makhluk halus ni memang secara senyap-senyap telah memasuki tubuh kita tanpa kita sedari. Apa silap kita dan apa yang mereka mahukan daripada kita pun kita tak tahu. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Ammboi nak beritahu korang, wajah mereka sangat menggerunkan!!!
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label Gambar Pelik. Show all posts
Showing posts with label Gambar Pelik. Show all posts
25 May 2011
22 May 2011
SERATUS UFO DI SHINJUKU, JEPUN
Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) sekali lagi mencetuskan fenomenanya di Shinjuku, Jepun pula setelah berita kesan UFO mendapat di Indonesia masih menjadi tanda tanya. Sejak kebelakangan ini, kemunculan UFO sering menjadi topik hangat dalam arus media. Bagi ammboi tak mustahil jika ada yang mengambil kesempatan untuk sengaja mereka-reka cerita berkenaan isu UFO ini. Manakan tidak, sekali keluar 100 buah UFO berlegar-legar kat Jepun ajer. Apa UFO ni keluar konvoi ke hape? Ke mereka juga ada kelab. Entah nama kelab dia PERUFOSA kot. Persatuan UFO Senantero Alam. Hahahaha.
10 January 2011
08 December 2010
Tangan Yang Putus Boleh Tumbuh Semula
Saintis kaji rahsia haiwan boleh pulihkan organ yang terputus
HANOVER - Anggota badan dan organ manusia yang kudung boleh tumbuh semula pada masa depan setelah sekumpulan saintis di Jerman semakin hampir membongkar rahsia bagaimana haiwan salamander menumbuhkan semula kakinya yang putus atau memulihkan organnya yang tercedera, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan saintis Sekolah Perubatan Hanover di sini sedang mengkaji haiwan salamander Axolotl yang hidup di Mexico.
Mereka berjaya mengasingkan gen amfibia itu yang berfungsi menumbuhkan semula organnya dengan harapan gen berkenaan dapat digunakan untuk menumbuhkan organ manusia kelak.
"Proses penyembuhan haiwan salamander Axolotl berlaku dalam sekelip mata," kata seorang saintis kumpulan itu Björn Menger yang disiarkan dalam majalah tempatan, Spiegel pada minggu ini.
"Anda dapat menyaksikan sendiri proses penyembuhan itu berlaku," tambahnya.
Selain anggota badan, ia juga dapat memulihkan kecederaan pada otak dan saraf tunjangnya sekali gus meningkatkan harapan pesakit yang lumpuh untuk kembali berjalan. - Agensi
Petikan : Kosmo!Online
11 November 2010
Gambar Anak Kura-Kura Dua Kepala
BEIJING - Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China, lapor sebuah akhbar semalam.
"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.
Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. - Agensi
Petikan : Kosmo!Online
06 August 2010
Kosmo : UFO Paling Besar Di Manchester
MANCHESTER - Sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) paling besar dalam sejarah dengan saiz 20 kali lebih besar daripada sebuah padang bola dilaporkan melintasi Lapangan Terbang Manchester, lapor sebuah akhbar semalam.

GAMBAR lakaran artis menunjukkan bentuk objek terbang yang tidak dikenali berlegar di Lapangan Terbang Manchester pada 1995.
Sekeping gambar lakaran UFO itu telah dihantar kepada Kementerian Pertahanan Britain oleh seorang pakar UFO pada 1995.
Fail sulit penemuan itu telah didedahkan kepada umum semalam.
Sebelum ini fail itu dan beberapa laporan mengenai imej UFO yang dilihat oleh orang ramai disimpan di kementerian itu sejak sekian lama.
Turut didedahkan ialah objek bercahaya yang dilihat dekat pangkalan Tentera Udara Diraja Britain di Woodbridge, Suffolk pada 1980.
Fail mengenai seorang lelaki yang mengesan ketibaan sekumpulan makhluk asing di Lancanshire pada 1997 turut didedahkan kepada orang ramai. - Agensi
Petikan : Kosmo! Online
25 November 2009
Gambar Pelik : Macam-Macam Laa...
Haa.. Hari ni penulis nak berkongsi gambar-gambar pelik yang boleh la hiburkan hati nan lara kan. Macam-macam gambar pelik kat Google kalau kita rajin search gak.. Huhu.. Jom tengok2 jela...
1- Korang nak tak bekas sabun yang berbentuk cam hidung? hehe.. Bila kita picit jer hidung tu kuar la sabun..

2- Ni gambar pokok berbentuk orang.. Pempuan lak 2... huhu...

3- Kalau korang rasa rendah diri dengan penampilan korang jomla beli cermin cam ni kalau ada jual kat kedai gak.. Penipu punya cermin....!

4- Ni pic beruang nak buat hal.. Menyamar jadi peguin konon...
p/s: gambar-gambar ni dah di edit... sesuai utk hiburan semata-mata.
Jika anda ada bayak gambar-gambar pelik/menarik/ajaib jom la kita kongsi sama-sama. Email kat amri0868@yahoo.com.my
Ok..

Post Top Ad
Your Ad Spot




