Entah apa ke jenis perasaan yang penulis nak gambarkan, tentang perasaan hati ini bila mendengar dan melihat beberapa keputusan kerajaan semasa bajet 2010 yang lepas. Nak kata gembira tak (tarak bonus kot..), nak kata sedih pun tak jugak, sayu dan pilu tu adala kot... (ai...sm je tu maksudnya).
Kerajaan memutuskan untuk mengenakan caj RM50 kepada pemengang kad kredit dan RM25 untuk kad tambahan. Katanya untuk mengurangkan kadar hutang rakyat yang semakin meningkat akibat penggunaan kad kredit. Kononnya untuk mengurangkan bilangan pengguna kad kredit la tu. Tapi apa yang penulis lihat dan dengar, pengguna kad kredit kat Malaysia ini mencecah 11 juta orang. Banyaknya tu. Tak ke kerajaan sesaja je nak amik kesempatan untuk mencari pendapatan?
Penggunaan Kad Kredit sememangnya tidak digalakkan.Kos RM50 dilihat sebagai terlampau banyak dan rakyat pula akan semakin dibebani hutang. Bukannya nak kurangkan hutang tu.
Kenapa pengguna kad kredit meningkat?
Penulis sendiri rasai, kos sara hidup kat Malaysia ni semakin tinggi. Setiap hari mesti ada je duit yang perlu dibelanjakan. Bukannya pihak kerajaan tak tahu. Cuma depa seolah-olah pejam mata. Celik mata cuma time nak pilihanraya! Maaflah kalau terkasar bahasa. Apa rasionalnya mengenakan caj kad kredit selain daripada kerajaan sengaja mengambil kesempatan.
Tangga gaji kat Malaysia boleh dikatakan antara paling rendah dikalangan negara membangun. Sebab itu ramai dikalangan yang berpendidikan tinggi dan mempunyai peluang untuk bekerja diluar negara mengambil keputusan untuk bekerja diluar Malaysia sahaja. Bayangkan, dengan berpendapatan RM2000 sebulan kita yang hidup di Bandaraya seperti Kuala Lumpur ni masih boleh dikategorikan RAKYAT TERMISKIN lagi. Itu adalah salah satu punca kenapa kadar penggunaan kad kredit semakin meningkat. Dengan gaji RM1500 keatas, seseorang sudah layak untuk memohon kad kredit. Paling mengejutkan penulis apabila ada yang bergaji dibawah RM1500 pun lepas untuk memohon kad kredit. Penguatkuasaan yang lemah dah ketara kat situ.
Bebanan kakitangan yang bergaji isi rumah di bawah RM3000 boleh dilihat semakin teruk. Ni penulis nak nyatakan contoh kos yang perlu ditanggung di KL (berkeluarga, anak 2 la contohnya):
Sewa rumah = RM500.00 (Flat area KL, Cheras, Pandan, dan kawasan sekitar)
Tol = RM30.00 sebulan (p/b)
Kereta = RM400.00 (ansuran)
Minyak = RM250.00 (sebulan)
Pengasuh anak = RM300.00 (2 orang anak kecik) murah dah tu....tu pun sdn. bhd.
Makan-minum = RM400.00 (sebulan)
Belanja kat opis = RM300.00 (tu pun bajet RM5 je sehari utk 2 org)...sedey.....
Susu anak = RM150.00
Lain-lain (anak) = RM200.00 (mcm pampers dan dll la...)
Lain-lain (isirumah) = RM150.00 (bil & sebagainya....)
Kos keseluruhan = RM2680.00Baki yang tinggal hanya RM 320.00 je sebulan tu pun ada jer yang tetiba jer nak pakai duit. Anak sakit la, kereta rosak la, tayar botak la, dan macam-macam lagi la.
Tu baru senarai bulanan. Cuba renungkan yang untuk tahunan pula. Macam raya dan insuran kenderaan. Bebanan yang ditanggung semakin membuatkan rakyat sengsara.
Kos yang macam tahunan pula insuran kenderaan pun dah RM1200.00 sebulan (kot la...) time nak raya perlukan dalam RM500.00 (paling sikit termasuk pakaian dan minyak kereta + tol). Jika dicongak kat situ dah RM1700.00 setahun dibahagi plak dengan 12 bulan jadilah RM141.00 sebulan. Korang tolak la dengan baki yang atas tadi.
Semoga kerajaan renung-renungkanlah hak rakyat Malaysia semula. Beban kad kredit janganlah ditambah dengan beban yang lain pula. Dengar cerita minyak pun akan hilang subsidinya. Apa ada pada kerajaan? Dimana ungkapan, "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"?
