Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan dan mencuri seekor ikan tenggiri. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya?. " "Tentu saja!" jawab pakar konselor... Penjual Ikan bersorak kegembiraan, "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi." Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut. Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari petisurat rumahnya, dia ternampak sekeping surat dari pakar konselor tersebut, kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling" Pic Anak Kucing Dari SINI
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts
05 June 2011
22 May 2011
BERITA SEMASA | KENAIKAN ELAUN COLA
Kuala Lumpur - Kerajaan bersetuju manaikkan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas kakitangan awam kepada RM500.00 sebulan berkuatkuasa Jun 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat. Kenaikan Elaun Cola ini dikatakan akibat kesan kenaikan harga minyak dan barangan yang mungkin menjejaskan kehidupan kakitangan awam seluruh Malaysia. Baca selanjutnya yer.
21 May 2011
ROKOK YANG MERUGIKAN
Anda Perokok? Bukan perogol kan. Bagi yang otai anda akan cakap "...kenapa, salah ke saya merokok? Duit saya, bukan duit mak bapak korang. Yang rugi saya. Kubur lain-lain la bai.....". Betul kubur lain-lain. Tapi yang nak dikisahkan tu ammboi lega kerna ammboi tak merokok dan tak merugikan. Tapi biasalah. Orang macam ammboi ni la akan jadi bahan persendaan apabila geng merokok ni buat perhimpunan pagi siang malam ni. Katanya, "...apa barang tak merokok, merokok la best...boleh lepak dan baru ada modal nak berbual...". Betulke? Ammboi sendiri relaks jer santai tanpa rokok. Rasanya dunia tanpa asap rokok lagi nyaman kan. Ok la..ammboi nak persembahkan satu sketsa antara pelajar dengan polis nih. Bab rokok ler. Jum baca sama-sama.
11 May 2011
CARA-CARA BERHENTI MEROKOK
Seorang gadis mempunyai seorang kekasih yang suka merokok. Gadis itu tidak suka dengan asap rokok. Lalu dia pergi berjumpa konselor untuk meminta nasihat agar kekasihnya boleh berhenti merokok. Kounselor itu memberi nasihat agar rokok kekasihnya itu dimasukkan ke anu gadis itu supaya rokoknya akan berbau yang tidak enak. Nasihat itu dilakukan oleh si Gadis. Dan ternyata nasihat tersebut sangat mujarab, buktinya kekasih gadis itu benar-benar berhenti merokok. Setelah lebih tiga bulan.. maka Gadis itu pergi sekali lagi ke kaunselor tersebut. Lalu kaunselor itu menanyakan bagaimana kesan merokok kepada kekasih gadis itu dan Si gadis pun menjawab, "Alhamdulillah Encik.. kekasih saya sudah tidak merokok lagi dan sejak peristiwa itu.. saya tidak lagi terganggu dengan asap rokok... Tapi................... "
LAWAK TENGAHARI | MONYET GILA MAKAN
Tak tahulah ammboi cerita ni lawak ke tak bagi korang. Bagi ammboi bolehla untuk senyum tu..hehehe.. Jum baca bersama - Ada seorang lelaki membela seekor monyet... satu hari die membawa monyet peliharaan nya pergi ke sebuah Bar... Semase lelaki tersebut menikmati minuman di bar tersebut... monyet peliharaan nya itu mula membuat kacau... dia melompat ke sana sini... Bila nampak sepiring kacang monyet itu terus memakannya..nampak semangkuk kentang goreng terus mengambil nya lalu di makan nya... dan tiba2 melompat pula ke atas meja pool dan mengambil bola pool tersbut dan menelannya sehingga abis. Pemilik bar tersebut melihat keadaan itu dan berkata kepada lelaki tersebt "Encik... encik nampk tak ape yang monyet encik lalukan?... ".." Ape?.."... "die menelan bola pool di meja pool saya sehingga abis... ". Dengan selamba lelaki itu menjawab "..Saya tak pelik pun... dia memang akan makan apa sahaja... saya akan byr semua yang dia makan tadi... ok.."..Lelaki tersebut menghabiskan minumannya dan membayar bill lalu beredar... [BACA LAGI YER]
08 May 2011
DOA CARI JODOH
Pagi ni ammboi nak share sesuatu yang sungguh bermakna buat sesiapa yang belum bertemu jodoh atau dengan ayat lain takde pakwe/makwe atau bujang trang tang tang lagi. Jangan mudah putus asa, ajal maut - jodoh dan pertemuan semuanya ditangan tuhan.
Biasalah, kalau kita hilang arah tuju ataupun dah lemah semangat / keyakinan diri ni hanya kepada-NYA la kita perlu berdoa - berserah malah apa yang penting sebelum tu kena usaha la dulu kan. Adab berdoa tu korang mesti dah tahu kan. Macam mana bentuk doa tu korang terjah kat bawah. Klik ler baca lagi kat bawah ni yer.
07 May 2011
CERITA HARI INI | SEMAN SI MAT REMPIT
Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya. Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman, "Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti... " Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.
05 May 2011
ASAL USUL NASI LEMAK
Nasi lemak punca obesiti? Nasi lemak menggemukkan? Nasi lemak penyebab lemak bertambah? Heboh dok gaduh pasal nasi lemak ni. Ammboi nak tanya korang tahu ke tak asal usul nasi lemak tu? Dari mana asalnya, siapa pengasasnya takpun kenapa dipanggil nasi lemak, bukannya nasi berlemak atau nasi yang naik lemak? Kalau korang nak tahu teruskanlah membaca cerita bersejarah kat bawah ni.
17 April 2011
BIBIK DAN TELEFON | CERITA SENGAL PAGI AHAD
Suatu pagi, sedang kak Bibik dok mengemas rumah...tetiba ada panggilan telefon... Kring.... kringggg... kringggg... Bibik ni pun pi la angkat. Dan perbualannya seperti dibawah.
Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…
12 April 2011
MATEMATIK DAN LOGIK | TIPS ELAK JADI MANGSA ROGOL
Dalam tv mahupun akhbar, sudah berkurangan kes rogol kedengaran. Banyaknya kes mati kemalangan yang semakin menjadi-jadi. Banyak kajian telah dilakukan kenapa kes rogol ni boleh menurun dengan mendadak. Pihak yang berkenaan sudah berjaya mengenal pasti TIPS DAN TRICK untuk elakkan diri jadi mangsa rogol. Taktik berkenaan telah diterangkan dari cerita dibawah.
11 April 2011
ASAL USUL HANTU | CERITERA PAGI SENIN
Korang mesti minat kisah mahupun cerita-cerita hantu nih. Maklumlah, semua penerbit filem lani dok tak menang tangan menghasilkan drama dan juga filem bergenre hantu dan mistik ni. Kalau bukak jer tv, konfom berterabur cerita hantu ni ada kat pelbagai saluran. Pagi ni ammboi bukan nak cakap pasal hantu kat tv, tapi ASAL USUL HANTU yang perlu korang tahu!
10 April 2011
6 JENIS PENYESALAN
Korang pernah tak rasa menyesal? Yela, menyesal diatas tindakan korang yang sengaja mahupun tidak sengaja. Pasti ada jugak bukan walaupun sesal sikit-sikit sekalipun. Tapi menyesal ni bukannya boleh membangunkan minda pun. Baik kita cuba lupakan perkara yang silap tu dan usaha untuk merubahnya kearah yang lebih baik. Disini ada beberapa kes PENYESALAN yang korang perlu tahu dan mungkin pernah alami.
09 April 2011
BESOK MALAM BARU CABUT ...? | CERITERA MALAM PERTAMA
Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"
Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
04 April 2011
27 March 2011
CERiTA LAWAK | ALAHAi MENTOL LAMPU
![]() |
Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu. Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.
"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.
"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.
26 March 2011
CERiTA LAWAK | PAK PANDiR MAKiN PANDAi
Pak pandir bekerja sebagai penoreh getah... dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana tIdak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah.. Isterinya pun memberinya sedikit wang dan menyuruhnya pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar harga kasut sebelum membayar.
Sesampainya di pekan Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit. Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong. Beliau diperhatikan oleh tokeh kedai tersebut. setelah mencuba dan berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka Pak Pakdir pun bertanya harga kasut tersebut. Tokeh itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah. Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar. Dia pun berkata, "Boleh kasi kurang kah tokeh?". Tokeh kedai menjawab "Berapa awak minta kurang?" Pak Pandir menjawab " Kasi kurang dua ringgit lah.." Tokeh itu menjawab, "Ok lah,... pakcik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit" Pak Pandir pun gembira lalu membayar harga yang di fikirkannya betul. Tokeh kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.
06 March 2011
05 March 2011
CERITA LAWAK : MENANTU YANG LUAR BIASA
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
27 February 2011
BIL TELEFON MELAMBUNG! | SALAH SIAPA?
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;
Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!..
Post Top Ad
Your Ad Spot












