ASAL USUL HANTU | CERITERA PAGI SENIN - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

11 April 2011

ASAL USUL HANTU | CERITERA PAGI SENIN


Korang mesti minat kisah mahupun cerita-cerita hantu nih. Maklumlah, semua penerbit filem lani dok tak menang tangan menghasilkan drama dan juga filem bergenre hantu dan mistik ni. Kalau bukak jer tv, konfom berterabur cerita hantu ni ada kat pelbagai saluran. Pagi ni ammboi bukan nak cakap pasal hantu kat tv, tapi ASAL USUL HANTU yang perlu korang tahu!



1. Hantu Raya 
Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.


2.Hantu Langsuir 
Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin
Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.


4. Hantu Jerangkung
Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.


5. Hantu Pontianak
Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak … Lekatlah nama pontianak .


6. Hantu Penanggal
Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.


7. Hantu Pocong
Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!


Sumber : SINI | JANA DUIT DI SINI

3 comments:

rafina mimi abdullah said...

mana ada hantu dlm dunia ni??syaitan dan iblis ada la..

ammboi said...

@mrs.sabrihehe..hiburan semata-mata...

fendy said...

sajarah hantu yang cukup lawak,haha. :DD

Post Top Ad

Your Ad Spot