AMMBOI.COM: Kerajaan Dan Rakyat

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot
Showing posts with label Kerajaan Dan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Dan Rakyat. Show all posts

10 June 2011

INSURAN KENDERAAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA KITA?

10.6.11 0
Salam 1Malaysia Semua. Blog ammboi masih lagi bermasalah. Pening jugak memikirkannya. Sebabnya, hanya semasa di pejabat sahaja blog ni bermasalah. Kat rumah 100% ok. Pesanan terbaru yang ammboi terima, nak tulis komen pun dag tak boleh dah. Betul ke? Emm..takpe. Tolak ketepi dulu isu tu.


Asalkan korang masih lagi boleh membaca blog ammboi pon alhamdulillah. Kali ni ammboi nak bincangkan isu Insuran Kenderaan ni. Boleh ammboi katakan semua orang mesti ada kenderaan yang perlu diinsurankan kan? Tolak basikal jela. Kereta mahupun motosikal wajib membayar insuran. Tapi apa kepentingan insuran ni kepada kita? Sejauh mana syarikat insuran ni boleh melindungi hak kita? Third Party, kenapa susah sangat nak claim?
Read More

06 June 2011

SEDIAKAN TEMPAT PARKING SECUKUPNYA DULU SEBELUM BERTINDAK

6.6.11 21
Alhamdulillah, bersua lagi kita dalam ruangan blog yang tidak seberapa ni. Dalam tempoh beberapa minggu ni, macam-macam hal yang berlaku. Tak cukup dengan gejala sosialnya la, ada pulak yang sengaja mengadakan cerita panas lagi sensasi mungkin untuk menarik perhatian ramai. Juga isu ekonomi yang semakin menggugat 'selera makan' rakyat jelata macam ammboi ni. Dalam erti kata lain yang lebih singkat, macam-macam hal la yang terjadi.



Namun demikian ammboi malas nak menyentuh pasal isu berkenaan tambahan pula si pembuat video klip panas tu dah mengamuk pada blogger yang menyamakan blogger ni macam anjing! huh..berat tuduhan tu. Kali ini ammboi nak menyeru dengan kerajaan kita sekarang ni agar lebih mengutamakan rakyat daripada segalanya dulu. Bukan hanya slogan semata-mata, namun buktikan apa yang dikata. Kes lain ammboi malas nak panjangkan, cuma disini ammboi nak sentuh isu saman trafik ni.
Read More

31 May 2011

BIL LETRIK NAIK ESOK | BAJET 2011 TERUS SEMPUT

31.5.11 11
Berkuatkuasa esok, takrif elektrik akan dinaikkkan. Tak silap ammboi lebih 7% ler jugak. Baru jer hati mau senang minyak tak jadi naik. Rupa-rupanya kat sini plak yang naik. Dalam suratkhabar cakap... "PENIAGA JANGAN AMBIK KESEMPATAN..." tapi ternyata itu hanyalah cakap-cakap semata jer. Macam biasa-biasa. Mereka takkan nak naikkan harga barang esok sebab sudah tentu ramai yang bising. Taktik peniaga zaman lani mereka tunggu isu ni reda dulu, baru KEBABBOOOOMM! naikkan harga. Tak ker gitu?
Read More

10 May 2011

HARGA BARANG NAIK | BAJET ISI RUMAH PUN NAIK

10.5.11 7
Itulah kenyataannya yang perlu dihadapi oleh semua. Barang yang naik tu kadang-kadang tak ada kena mengena, tapi semua barangan lain pula sibuk naik harga. Bayangkan, dulu harga sebotol air mineral (brand yang tak boleh diceritakan disini, begitu juga dengan nama kedai berkenaan) adalah RM0.95 untuk 1.5 liter sekarang sudah meningkat kepada RM1.10 pula. Kenapa? Mungkin kerana kenaikan harga minyak Ron 97 kot. Apa hal? Lori hantar air mineral tu pakai minyak Ron 97 ker? Tak lah...tauke dialah yang pakai kereta mewah...kena la naikkan harga barang sebab dia nak isi minyak kereta dia yang dah naik harga tu. Tu la resam kat Malaysia ni. Yang berpangkat, berharta cuma tahu nak pertahankan atau menambahkan harta mereka. Yang hamba rakyat hina dina macam ammboi ni ler yang kena kopak sebab nak backup harta mereka tu. Tak gitu????
Read More

09 March 2011

SKIM RUMAH PERTAMA | CARA MEMOHON DI WWW.SRP.GOV.MY

9.3.11 1
Skim Rumah Pertama (SRP)menawarkan pinjaman 100% kepada pembelinya yang layak. Jangan risau kerana 25 buah institusi kewangan / bank sudah bersetuju untuk memberi kemudahan kewangan berkenaan. Takkan anda masih ragu-ragu lagi untuk memiliki kediaman idaman? Siapa yang layak dan bagaimana?

Read More

28 December 2010

Senarai Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri 2011

28.12.10 0

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini Jumaat.

Read More

01 December 2010

Harga Minyak Petrol Naik Ketika Petronas Umum Catatkan Keuntungan Lebih RM80 bilion?

1.12.10 0
Harga minyak naik lagi. Korang tahu ke tak? Bagi yang belum tahu harga minyak naik lagi 15 sen. Nasib baik untuk RON97 jer. Kini harga baru minyak RON97 ialah RM2.30. Kenapa harga minyak naik? Dimana keuntungan PETRONAS dilaburkan?


Ammboi tak mahu orang cakap ammboi sengaja menimbulkan propaganda. Namun sebagai rakyat, ammboi rasa kita semua berhak tahu apakah hak dan yang bukan hak kita. Negara kita memiliki PETRONAS yang berperanan 'menyedut minyak' dalam negara kita. Jadi apa salahnya jika hasil yang PETRONAS dapat tu diagihkan sedikit untuk rakyat. Bukannya semakin memeras kehidupan rakyat.


Ini tak, anda (PETRONAS) dengan bangganya mengumumkan keuntungan yang begitu tinggi, namun untuk kami rakyat Malaysia langsung tidak merasa keistimewaan minyak yang anda 'sedut' dari bumi Malaysia ini.

Ammboi juga tahu, hasilnya diberi kepada kerajaan untuk pembangunan. Namun tidak salah rasanya jika kita sebagai rakyat juga merasa 'minyak murah di negara sendiri' sepertimana yang dirasa oleh rakyat dinegara lain yang kaya dengan hasil minyak juga. Ammboi mintak tolong sesangat dengan barisan kepimpinan kerajaan kita sekarang terutamanya YAB Perdana Menteri untuk mempertimbangkan sebaiknya untuk rakyat.

p/s : sedih aku pedih.......

Read More

26 August 2010

Indonesia Makin Melampau

26.8.10 4
Pedih melihat bendera Malaysia diBAKAR

Ammboi memang dah hilang sabar. Mentang-mentangla negara kita berlembut tapi tak sangka Kumpulan BENDERA (Indon Terlampau) ni semakin menjadi-jadi pula. Memang dasar tak kenang budi, mereka lupa negara kita, Malaysia banyak membantu negara mereka time mereka susah.


Bila kena TSUNAMI kita bantu mereka, walhal ditempat kita sendiri pun teruk jugak kena. Mereka xde pula datang tolong sini. Padahal rakyat punya bukan main ramai. Dah dasar miskin tak kenang budi plak tu.



Mereka memang mahu mencari pasal, tak cukup dengan isu dulu pasal lagu pun nak kecoh. Kini mereka mahu negara kita tunduk pada kehendak mereka je. Suh mintak maaf sebab menahan 3 anggota kelautan kot. Mereka juga menahan 7 orang nelayan kita juga. Melampau tu. Kira 0-0 dah la lahabau!.


Ya Allah, kau berikanlah mereka pengajaran kerana tidak kenal erti bersyukur

Tahi mereka baling kat kedutaan kita, hari ni mereka bertindak lebih GILA lagi apabila mereka MEMBAKAR JALUR GEMILANG. Bendera negara kita! Apa ni? Kata negara serumpun. Tahap melampau tu.

Melampau dah ni

Kerajaan kita kena ambik tindakan yang sewajarnya. Apa yang ammboi fikirkan sekarang time panas hati ni adalah PUTUSKAN jer hubungan dengan INDON tu. Takde pekdahnya pada negara kita. Hantar balik sejuta lebih rakyat mereka yang dok merempat cari rezeki kat tanah air kita ni biar mereka rasa.


Memang tak kenal budi


p/s : apa pandangan korang?
Read More

22 January 2010

COLA : Hanya Khabar PALSU

22.1.10 0
Isu COLA bakal ditarik balik oleh kerajaan reda sedikit berikutan penjelasan oleh CUEPACS bahawa ianya adalah TIDAK BENAR sama sekali. Berita ni aku dengar baru je lebih kurang sejam tadi melalui radio SINAR FM. Penjelasan dari CUEPACS sememangnya amat dinanti-nantikan (aku la dok tunggu...). Nampaknya takdela lagi bebudak opis dok kalut cari paper terpakai (bukan untuk dijual...hehee) untuk digunakan sebagai medan kira-kira DASAR KEWANGAN MEREKA jika COLA takde.. hehehehe...

p/s : siapala yang mereka cerita COLA nak ditarik balik... SIOT tol la... Mcm mana dengan depa yang cakap kat **** dah sampai pekeliling? Mcm mn ada orang bahagian kewangan sebuah jabatan lagi cakap tunggu masa nak potong jer? PENJELASAN!!!


Read More

21 January 2010

Elaun COLA Akan Ditarik Balik

21.1.10 3
Di petang yang hujannya renyai-renyai ni penulis nak ambik masa la ckit untuk update blog ni. Kerje dah setel dan tapi ada la lagi sikit-sikit urusan yang masih belum di'complete' kan. Maklumlah ni isu hangat jugak ni untuk kakitangan awam.

ELAUN COLA AKAN DITARIK BALIK

Penulis bukan sesaja nak mengkalutkan keadaan. Namun ianya menjadi tanda tanya kepada penulis sepanjang hari ini. Betul ke? Apa komen pihak yang berkenaan. Dari pagi cerita ni tersebar, makin merebak dan makin berkembang la pulak jalan ceritanya. Sehinggakan penulis sendiri naik hairan, siapakah mereka ni? mata-mata kerajaan ke? spy PM ke? orang kanan tertinggi kerajaan ke? (dah semua dia tau...padahal belum ada berita rasmi lagi!). Untuk kepastian penulis cuba search kat GOOGLE dengan menaip COLA. Rupa-rupanya dah banyak post hari ni berkenaan tajuk COLA. Dasat jugak.  

Ada yang cakap beberapa JABATAN/KEMENTERIAN telah menerima pekeliling berkenaan isu tersebut dan sumber berita yang tak boleh dipercayai sangat kata COLA akan mula STOP pada APRIL ni.

Boleh dikatakan ramai dah dok buat kira-kira bajet jika gaji bulan akan datang takde COLA. Ada yang kata OK lagi la. Ada pulak yang dah mula pening macam nak pengsan bila di TOTAL GAJI BERSIHnya tinggal NEGATIF!. Adussss....

Yela, semua kakitangan awam yang bergaji dibawah RM2000 hidup bergantung pada COLA. Kakitangan AWAM juga nampak LOADED disebabkan COLA. Kakitangan AWAM juga menikmati hidup makan gaji dengan amannya juga dengan adanya COLA...

COLA

Tersangatlah penting. Kenapalah dizaman ekonomi serba gawat ni Elaun COLA kakitangan AWAM pula yang menjadi mangsa. Bukankah elaun ini diberi keistimewaan kepada kakitangan awam sebagai salah satu usaha kerajaan membantu kakitangan awam yang diambang kemiskinan? Sekarang bantuan tersebut seolah-olah disentap dan diambil balik dengan membiarkan KAMI terabai. (alamak..emo plak aku......sori...) Bagi penulis, amat-amat berharap COLA dikekalkan.

PERANAN CUEPACS?

Mana CUEPACS? Mana komen pihak CUEPACS? Kami perlukan penjelasan dari pihak ANDA...


p/s : COLA? Aku pun turut kempis......................


Read More

28 October 2009

Beban Kad Kredit

28.10.09 0
Hutang Oh Hutang!

Entah apa ke jenis perasaan yang penulis nak gambarkan, tentang perasaan hati ini bila mendengar dan melihat beberapa keputusan kerajaan semasa bajet 2010 yang lepas. Nak kata gembira tak (tarak bonus kot..), nak kata sedih pun tak jugak, sayu dan pilu tu adala kot... (ai...sm je tu maksudnya).

Kerajaan memutuskan untuk mengenakan caj RM50 kepada pemengang kad kredit dan RM25 untuk kad tambahan. Katanya untuk mengurangkan kadar hutang rakyat yang semakin meningkat akibat penggunaan kad kredit. Kononnya untuk mengurangkan bilangan pengguna kad kredit la tu. Tapi apa yang penulis lihat dan dengar, pengguna kad kredit kat Malaysia ini mencecah 11 juta orang. Banyaknya tu. Tak ke kerajaan sesaja je nak amik kesempatan untuk mencari pendapatan?

Penggunaan Kad Kredit sememangnya tidak digalakkan.

Kos RM50 dilihat sebagai terlampau banyak dan rakyat pula akan semakin dibebani hutang. Bukannya nak kurangkan hutang tu.

Kenapa pengguna kad kredit meningkat?

Penulis sendiri rasai, kos sara hidup kat Malaysia ni semakin tinggi. Setiap hari mesti ada je duit yang perlu dibelanjakan. Bukannya pihak kerajaan tak tahu. Cuma depa seolah-olah pejam mata. Celik mata cuma time nak pilihanraya! Maaflah kalau terkasar bahasa. Apa rasionalnya mengenakan caj kad kredit selain daripada kerajaan sengaja mengambil kesempatan.

Tangga gaji kat Malaysia boleh dikatakan antara paling rendah dikalangan negara membangun. Sebab itu ramai dikalangan yang berpendidikan tinggi dan mempunyai peluang untuk bekerja diluar negara mengambil keputusan untuk bekerja diluar Malaysia sahaja. Bayangkan, dengan berpendapatan RM2000 sebulan kita yang hidup di Bandaraya seperti Kuala Lumpur ni masih boleh dikategorikan RAKYAT TERMISKIN lagi. Itu adalah salah satu punca kenapa kadar penggunaan kad kredit semakin meningkat. Dengan gaji RM1500 keatas, seseorang sudah layak untuk memohon kad kredit. Paling mengejutkan penulis apabila ada yang bergaji dibawah RM1500 pun lepas untuk memohon kad kredit. Penguatkuasaan yang lemah dah ketara kat situ.

Bebanan kakitangan yang bergaji isi rumah di bawah RM3000 boleh dilihat semakin teruk. Ni penulis nak nyatakan contoh kos yang perlu ditanggung di KL (berkeluarga, anak 2 la contohnya):

Sewa rumah = RM500.00 (Flat area KL, Cheras, Pandan, dan kawasan sekitar)
Tol = RM30.00 sebulan (p/b)
Kereta = RM400.00 (ansuran)
Minyak = RM250.00 (sebulan)
Pengasuh anak = RM300.00 (2 orang anak kecik) murah dah tu....tu pun sdn. bhd.
Makan-minum = RM400.00 (sebulan)
Belanja kat opis = RM300.00 (tu pun bajet RM5 je sehari utk 2 org)...sedey.....
Susu anak = RM150.00
Lain-lain (anak) = RM200.00 (mcm pampers dan dll la...)
Lain-lain (isirumah) = RM150.00 (bil & sebagainya....)

Kos keseluruhan = RM2680.00

Baki yang tinggal hanya RM 320.00 je sebulan tu pun ada jer yang tetiba jer nak pakai duit. Anak sakit la, kereta rosak la, tayar botak la, dan macam-macam lagi la.

Tu baru senarai bulanan. Cuba renungkan yang untuk tahunan pula. Macam raya dan insuran kenderaan. Bebanan yang ditanggung semakin membuatkan rakyat sengsara.

Kos yang macam tahunan pula insuran kenderaan pun dah RM1200.00 sebulan (kot la...) time nak raya perlukan dalam RM500.00 (paling sikit termasuk pakaian dan minyak kereta + tol). Jika dicongak kat situ dah RM1700.00 setahun dibahagi plak dengan 12 bulan jadilah RM141.00 sebulan. Korang tolak la dengan baki yang atas tadi.

Semoga kerajaan renung-renungkanlah hak rakyat Malaysia semula. Beban kad kredit janganlah ditambah dengan beban yang lain pula. Dengar cerita minyak pun akan hilang subsidinya. Apa ada pada kerajaan? Dimana ungkapan, "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"?

Read More

06 July 2009

Politik Ooo Politik : Apa Nak Jadi da....

6.7.09 0
Musim PRK lani ni.. Kat Manek Urai, Kelantan. Gege(bising) doh habis ke sepelusuk tanah air. Pasal kutuk-mengutuk, cabar mencabar antara satu sama lain. Payah sgt ko nak bersatu? Atau memang tak boleh dah nak bersatu?

Ada yang ajak berdebat, ada plak nak muzakarah jah. Tapi ada plak yg cucuk kat belakang kata memang nak 'berperang', kira jihad dah ni. Sapo hok dok kat belakang tu????

Ingatlah wahai umat MELAYU. Sebelum terlambat baiklah kita menyedarkan diri kita ni. Kita makin terkebelakang. Bukan kedepan dah ni. Jalan 'gostang'(undur) doh ni..

Orang lain dah sampai tahap jutawan mega. Siap nak beli pasukan bolasepak eropah lagi. Kita masih dok kong keng kong keng sendiri. Mu Tuduh aku, aku tuduh mu... Last2 dua2 yang rugi..

Mana kita nak letak muka kalu kita jatuh pahni? Dalam baldi? Laci? Tak pun dalam kocek (saku) seluar?

Kita sentuh pasal isu mereka sikit je pun 'mereka' dah pandai melenting. Rombak kandang babi habis kena maki. Tak sedar lagi ko? Weeiii...kabarlah sikit! Bila Melayu nak maju kalau asyik jadi boneka ore jah? Dikatakan pulak kerajaan sekarang tolak ISLAM? Kenapa jadi camtu. Anda yg mentadbir negeri pun xleh nak kontrol rakyat tu ni kan pulak kawal 1 MALAYSIA?

Pada pendapat saya, kerajaan sekarang sudah berusaha sehabis daya. Cuba menegakkan syiar ISLAM kat bumi Malaysia ni sejak zaman dahulu lagi. Mana 'puak' tu ketika kita usaha untuk MERDEKA? Mana????

Undang-undang bukan perkara main2, tu baru undang2 dunia. Hok akhirat? Apo hukum mengkafirkan sesama ISLAM? Tak kan x reti kot. Bila dah terhantuk baru nak kabar. Kita jangan emosi. Cuba tenangkan diri. Banyakkan berzikir. Tolak la jauh 'makhluk' Allah yang suka menghasut tu. Dia menghasut untuk kepentingan diri dia jah.

Bila ISLAM nak maju? Asyik kena tindas. Tengok Iraq, Afganistan, Palestin, lani plak Iran. Bakpo pok dia jadi mcm tu? Apa kelebihan Iran berbanding yg lain walaupun dah lama menjadi sasaran 'PENJAHAT DUNIA'? Belajar la dari kesilapan dan kebenaran tu. Memang semua ummat ISLAM kalu buleh nak jihad. Nak berjuang di jalan ALLAH. Tapi setakat kita mati katak, tanpa pembelaan yg sewajarnya, baiklah kita fikirkan jalan yang lebih baik. Jihad ada kategori dia. Sampai ada ulamak mengatakan kalu kita berjuang secara membuta tuli bukan jihad namanya. Nak ko kita jadi gitu?

Slow-slow.. Kita bangun perlahan dulu. Biar lambat asal selamat. Apa yang penting kena ada KERJASAMA. Bukan kata-mengata.....

Image Hosted by ImageShack.us
Read More

16 December 2008

Harga minyak Turun Lagi La...

16.12.08 0
Rezeki kami sbg rakyat Malaysia kerana kesudian kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10sen berkuatkuasa pada 16hb Dec 2008. Sbg rakyat kita seharusnya bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan. Ini dpt meringankan beban yg ditanggung tambahan pula baru lepas musim perayaan dan kepada yg akan menyambut perayaan tdk lama lagi seperti Krismas dan Tahun Baru Cina.

Dengan ini harga baru bagi petrol Ron97 ialah RM1.80 manakala Ron92 dan Diesel ialah RM1.70 bagi seliter.
Read More

15 December 2008

HARGA MINYAK KEMUNGKINAN TURUN LAGI

15.12.08 0
Harga runcit petrol diramalkan akan turun lagi dlm masa terdekat. Ini berikutan penurunan harga minyak dunia dan setelah kerajaan buat pertimbangan ianya wajar utk melakukan penurunan harga tersebut. Ketika ini harga minyak bagi RON 97 adalah RM1.90manakala bagi RON 92 dan Diesel pula berharga RM1.80 seliter.


> Baca Lagi... (Petikan Berita Harian Online)
Read More

18 June 2008

GAJI 2 KALI SEBULAN BELUM MUKTAMAD

18.6.08 0
Hari ini kerajaan mengumumkan utk mengkaji semula pembayaran gaji 2x sebulan berikutan bantahan dan komen dari banyak pihak. Selain membebankan rakyat yg terpaksa menanggung pembayaran loan bank ia juga sudah tentu merumitkan kerja bahagian kewangan.

Bagi saya, baiklah naikkan elaun rumah dan cola yg semakin tdk relevan. Atau kalau nak buat 2x bayaran gaji boleh jugak, tetapi utk bayaran kali pertama bayar elaun dan bayaran kali kedua baru gaji pokok. Ok la 2. Takkan la org bt loan bank sampai melebihi amaun gaji pokok. Melampau tuh.

Klik Tajuk Untuk Membaca Berita Selanjutnya.
Read More

13 June 2008

TUNTUTAN REBAT TUNAI DILANJUTKAN SEHINGGA MAC TAHUN DEPAN

13.6.08 0
Pos Malaysia mengumumkan melanjutkan tempoh pembayaran fasa pertama sehingga 31 Mac depan bagi mengelakkan kesesakan di pejabat pos seluruh negara. Hanya pemilik sebenar yg layak sahaja dapat menuntut rebat tersebut dan tdk boleh diwakili oleh pihak ketiga bagi megelakkan sebarang kekeliruan berlaku. Bagi Fasa kedua pula pembayaran akan dimulakan pada 1 Julai ini bagi pembayaran 1Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan.
Read More

CUEPACS SYOR BAYAR GAJI 30:70

13.6.08 0
Bharian hari ni melaporkan CUEPACS memohon agar kerajaan mempertimbangkan pembayaran gaji kpd kakitangan awam sebanyak 2 kali sebulan dengan peringkat pembayaran adalah 30:70. Ini bagi memastikan kakitangan awam tdk mengalami masalah kewangan pada hujung bulan. CUEPACS menyambut baik cadangan kerajaan utk membuat pembanyaran gaji sebanyak 2 kali sebulan iaitu 50:50 dan menyarankan kpd mereka yg tidak mahu kaedah tersebut agar menyimpan gaji pertama mereka utk diambil pada hjung bulan.

Klik Tajuk Untuk Membaca Berita Seterusnya>
Read More

26 February 2008

JOM BALIK MENGUNDI...!!

26.2.08 0
Emm...musim mengundi dah tiba. Kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita sbg rakyat Malaysia. Jgn sesekali mengabaikan tggjwb yg diberi. Kelak padah pd kita jgk pahni. Tak kira la parti mana pun, asalkan kita fikirkan sendiri mana baik & mana buruknya. Ammboi bukannya nak mengempen. Tapi sekadar meluah pandangan jer.. Bila lg nak merasa jadi pengundi kan.. Oleh itu jadilah pengundi yg bijak...!!
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot