Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedang berbincang dengan pemilik tanah sekitar Lembah Klang untuk membangunkan rumah dibawah SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP). Dijangka tujuh kawasan yang terlibat adalah Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Damansara, Shah Alam, Rawang dan Klang. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, SPNB akan membina 38,000 unit rumah dibawah SRP (lihat sini syarat permohonan | kelayakkan pemohon) di seluruh negara dan 2800 unit daripadanya telah disiapkan. Ini adalah peluang baik buat kakitangan swasta untuk memiliki rumah dalam kawasan bandar. Sebelum ini ramai bakal pembeli mengeluh kerana kebanyakkan rumah berharga bawah RM220 ribu ini terletak diluar bandar dan menyukarkan mereka untuk ketempat kerja kerana melibatkan kos minyak yang tinggi dan selainnya.
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label Skim Rumah Pertama. Show all posts
Showing posts with label Skim Rumah Pertama. Show all posts
17 May 2011
16 April 2011
SKIM RUMAH PERTAMAKU | KELAYAKKAN PERMOHONAN | WWW.SRP.COM.MY
Impian untuk memiliki kediaman impian mungkin menjadi lebih mudah. Dengan Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan oleh DS Najib ini, segala-galanya nampak tidak mustahil untuk memohon skim berkenaan. Sebelum ini, golongan muda terpaksa akur dengan kekangan kewangan yang mereka perlukan untuk pembiayaan perumahan. Bayangkan, 10% deposit diperlukan sebagai bayaran pendahuluan. Itu belum lagi dikira dengan pelbagai caj lain yang mungkin dikenakan.
01 April 2011
SYARAT SKIM RUMAH PERTAMAKU TIDAK BERUBAH | WWW.SRP.GOV.MY
Salam 1Malaysia Semua
Lewat sikit buat post hari ni. Banyak keje. Ni ada masa terluang rehat tengahari ammboi nak sampaikan satu post yang tertunggak. Berkenaan Skim Rumah Pertamaku (SRP). Kerajaan tetap dengan pendirian mahu mengekalkan syarat kelayakkan untuk memohon Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku ni. Sebelum ini ada desas-desus mahu syarat kelayakkan skim ini dilonggarkan sedikit.
09 March 2011
SKIM RUMAH PERTAMA | CARA MEMOHON DI WWW.SRP.GOV.MY
Skim Rumah Pertama (SRP)menawarkan pinjaman 100% kepada pembelinya yang layak. Jangan risau kerana 25 buah institusi kewangan / bank sudah bersetuju untuk memberi kemudahan kewangan berkenaan. Takkan anda masih ragu-ragu lagi untuk memiliki kediaman idaman? Siapa yang layak dan bagaimana?
Post Top Ad
Your Ad Spot


