SYARAT SKIM RUMAH PERTAMAKU TIDAK BERUBAH | WWW.SRP.GOV.MY - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

01 April 2011

SYARAT SKIM RUMAH PERTAMAKU TIDAK BERUBAH | WWW.SRP.GOV.MY

Salam 1Malaysia Semua


Lewat sikit buat post hari ni. Banyak keje. Ni ada masa terluang rehat tengahari ammboi nak sampaikan satu post yang tertunggak. Berkenaan Skim Rumah Pertamaku (SRP). Kerajaan tetap dengan pendirian mahu mengekalkan syarat kelayakkan untuk memohon Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku ni. Sebelum ini ada desas-desus mahu syarat kelayakkan skim ini dilonggarkan sedikit.


Mari kita tinjau apakah Syarat Kelayakkan Skim Rumah Pertamaku ni :

1. Pemohon mesti mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1500 sebulan. Kerajaan berpendapat  gaji bawah RM1500 tidak layak kerana mahu memastikan peminjam mampu dan bukan setakat meminjam malahan berupaya membayar balik pinjaman berkenaan.

2. Hanya untuk kakitangan swasta sahaja. Kakitangan kerajaan tidak layak walaupun berpendapatan dibawah RM3000 sebulan. Kerana ada skim lain untuk kakitangan kerajaan. Kalau yang gaji lebih rendah tu katanya ada banyak lagi skim yang sesuai dengan kelayakkan mereka.

Nota : Sumber adalah penjelasan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein semasa menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) dari Akhbar Berita Harian.

Untuk Keterangan Lebih Lanjut Sila Rujuk Laman www.srp.gov.my

1 comment:

Maya Mayana said...

agaknya zmn esok lusa org melayu duk bwh jambtn kot? duk umah kmpung @ felda juga yg best...buatla sebesar2 rumah kos pun masih rendah lg..tp syg dh tkde felda lg...nk beli tnh pun mahal...

Post Top Ad

Your Ad Spot