RAKAMAN VIDEO SEKS TULEN | KETUA POLIS NEGARA - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

02 April 2011

RAKAMAN VIDEO SEKS TULEN | KETUA POLIS NEGARA


Kes video seks bebaru ini masih menjadi tanda tanya banyak pihak. Samada betul atau tidak ia masih menjadi isu hangat dikalangan mereka yang mengikuti perkembangannya. Semalam, bernama melaporkan bahawa KPN (Ketua Polis Negara) telah mengesahkan kesahihan rakaman video seks berkenaan. Berikut adalah petikan berita dari Kosmo!Online.


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen. Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya. Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur, dipertontonkan kepada beberapa editor media. - Bernama

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot