Impian untuk memiliki kediaman impian mungkin menjadi lebih mudah. Dengan Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan oleh DS Najib ini, segala-galanya nampak tidak mustahil untuk memohon skim berkenaan. Sebelum ini, golongan muda terpaksa akur dengan kekangan kewangan yang mereka perlukan untuk pembiayaan perumahan. Bayangkan, 10% deposit diperlukan sebagai bayaran pendahuluan. Itu belum lagi dikira dengan pelbagai caj lain yang mungkin dikenakan.
Kelayakkan Pemohon :
Pemohon dan pasangan mestilah kedua-duanya bekerja tetap dalam sektor swasta lebih 6 bulan (disahkan) dan bergaji tetap (jumlah gaji pemohon + pasangan) adalah melebihi RM3000.00. Bukannya RM3000.00 seorang. Jumlah potongan maksimum bulanan pula mesti tidak melebihi 1/3 dari gaji terkumpul berkenaan.
Contohnya :
Pendapatan Pemohon RM1500 + Pendapatan Pasangan RM1500 = RM3000.00
Jumlah Potongan Pula : 1/3 x RM3000 = RM1000.00
Skim Rumah Pertamaku ini bagi ammboi sebagai jalan mudah untuk golongan muda dari kalangan kakitangan swasta membeli aset kediaman pertama mereka. Namun demikian banyak perkara mereka perlu perhatikan agar tidak menyesal dikemudian hari. Membeli rumah tanpa deposit memang mengujakan. Namun bagaimana pula dengan kadar bayaran bulanan yang mungkin meningkat. Kalau betul gaji cuma tinggal RM2000 (pemohon dan pasangan) sebulan cukup ke nak wat makan. Belum kira tanggungan anak lagi. Adakah anda mampu menanggungnya?
No comments:
Post a Comment