KENAPA SUSAH NAK TURUNKAN HARGA BARANG??? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

15 December 2008

KENAPA SUSAH NAK TURUNKAN HARGA BARANG???

Harga minyak dah turun, tapi harga barang masih tak turun-turun. Kenapa? Berat hati sgt ke? Cukuplah, dah untung byk sgt dah tu. Kenapa masih ingkar? Sedangkan masa nak naikkan harga dulu bukan main senang. Tanpa memikirkan nasib mereka yg susah dan berpendapatan rendah. Dulu hentam kerajaan kerana menaikkan harga minyak dan mereka terpaksa menaikkan harga barang kerana tak mahu tanggung kerugian. Tu jela alasannya. Apa2 hal terus salahkan kerajaan. Namun mereka sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan.

"Rakyat yg miskin makin susah, yg kaya makin senang-lenang..."

Bala dah menimpa, mereka yg terlampau senang dah rasa azabnya. Nak cari untung semata, sekali kena beratus ribu & berjuta ditanggungnya. Ketika banjir melanda, org2yg lemah dan susah terpaksa menanggung derita. Sabarlah, itu ujian tuhan. Banyakkan berdoa dan terima dugaan dengan hati redha. Pastinya mereka banyak menanggung kerugian. Kerosakan harta benda dan sebagainya.

Apa kata yg kaya?

"Wa...nasib baik aku buat/beli rumah kat atas bukit.. Selamat.....hahaha..."

Kemudian, ujian tuhan sekali lagi melanda kepada mereka yg lupa utk bersyukur, dan mereka yg lupa utk mengasihani mereka yg lemah. Sekali tanah runtuh, bukit merekah, menghempap kediaman, semuanya terus musnah. Bukan semuanya dari jenis yg takabur, lupa diri dan tamak, tetapi mereka juga terpaksa menanggung derita yg sama. Inilah ujian tuhan. Bersabarlah, dan renung2kanlah.

Kita berada diatas muka bumi yg sama. Jauhi sifat tamak haloba. Kauntungan yg dicari takkan kekal lama, hilang sekelip mata jika dengan kemahuan-Nya. Kenapa masih berdegil lagi? Sehinggakan kerajaan pula dipersalahkan. Macam2 nak hentam kerajaan, siap mahu saman PBT lagi. Mereka masih lupa diri lagi. Hotel yg mereka menginap ketika bencana mahu kerajaan tanggung lagi?

Lupakah nasib org2 kampung, banjir melanda mereka cuma diami dewan sahaja. Makan mana yg ada sahaja. OOO..saya lupa mereka golongan org kaya. Mana boleh nampak lekeh saja.

Kaya, jgn sampai lupa asal usul kita. Ingatlah pd mereka yg teraniaya. Jgn lupa turunkan harga barang jika anda bukan golongan yg tamak haloba...???

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot