APA DAH JADI...? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

17 December 2008

APA DAH JADI...?

Perkara telah berlalu selama lebih setahun. Namun ianya masih belum selesai dan kawan saya terpaksa menguruskan hak ini sekali lagi. Sedangkan beliau telah beranggapan perkara tersebut berjaya diselesaikan. Silap beliaukah kerana tdk mengendahkan hal tersebut sehinggakan pegawai yg menguruskan rupanya masih belum menyelesaikannya.

Apa yang berlaku?

Ini ialah masalah pembayaran gaji yg dibuat setelah kawan saya tadi berhenti berkhidmat dlm sebuah jabatan kerajaan secara kontrak. Beliau hanya sempat bekerja selama lebih kurang 6 bulan sahaja, kemudian beliau berhenti kerana mengambil keputusan utk sambung belajar. Notis berhenti kerja selama 30 hari telah dibuat sebagaimana yg diminta oleh pihak yg berkenaan. Atas budi bicara pihak tersebut beliau telah dibenarkan utk meletakkan jawatan pada bulan Jun 2006. Ini bermakna beliau bukan lagi kakitangan jabatan tersebut berkuatkuasa 1 Julai 2006.

Namun atas kesilapan teknikal (rasanya) jabatan tersebut masih meneruskan pembayaran gaji utk bulan Julai 2007. Oleh yg demikian, jabatan tersebut telah membuat tuntutan pembayaran balik gaji tersebut. Perkara ini sememangnya kawan saya kena akur kerana beliau mmg tdk layak utk menerima gaji tersebut.

Utk menyelesaikan hal ini, kawan saya terpaksa balik kampung dan ponteng kelas. Berapa byk subjek yg terpaksa dia abaikan tu. Bila disemak akaun bank, gaji yg dikatakan masuk tu takde.... Abistu apa hal lagi. Jabatan tersebut telah meminta salinan penyata bank utk membuktikan hal berkenaan. Terpaksala memohon penyata bank dan dikenakan caj pekhidmatan lagi.

(Dah la sdg belajar, kena pulak tinggal kelas, kena guna duit sendiri lagi....)

Kawan saya telah membuat surat seperti yang diminta dan melampirkan penyata bank tersebut. Surat ini telah dihantar melalui sebuah jabatan negeri. Ingatkan dah setel, tetapi....

Pada 15hb December 2008 yg lepas, kawan saya telah menerima panggilan dpd adiknya dikampung menyatakan surat tuntutan pembayaran balik gaji tersebut sampai kat rumah lagi...

Ini bermakna kes tersebut tak selesai lagi la....

Apa dah jadi....?

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot