Ditulis Oleh : Berita Harian
Jakim perjelas isu yoga
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempergiatkan usaha memberi penerangan kepada umat Islam di negara ini berhubung pengharaman amalan yoga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Ekoran ramai pihak mempertikai mengapa amalan yoga diharamkan, maka Jakim sedang berusaha gigih memberi penerangan kepada masyarakat melalui siri penerangan agar pemahaman yang jitu dapat disampaikan kepada seluruh masyarakat Islam,” katanya menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi kementeriannya di Dewan Negara.
Ahmad Zahid berkata, isu itu dibangkitkan kerana pemahaman masyarakat terhadap penyelewengan akidah melalui yoga belum menyeluruh. - Bernama
“Tidak perlulah memperbesar-besarkan isu ini, ia hanya perkara kecil.
Pengharaman ini dibuat kerana kita mendapati ada penyelewengan akidah Islam melalui amalan yoga,” katanya.
Majlis Fatwa Kebangsaan mengharam amalan yoga kerana mendapati senaman yoga mengandungi unsur agama tertentu, mantera dan pemujaan yang bertentangan dengan Islam. - Bernama
Post Top Ad
Your Ad Spot
17 December 2008
JAKIM PERJELAS ISU YOGA
Tags
# Agama - Kebajikan - Kesihatan
About ammboi
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Agama - Kebajikan - Kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot

No comments:
Post a Comment