Ranking FIFA 2011 : Malaysia Hanya Naik Dua Tangga? - Kedudukan 142 (12 Jan 2011) - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

21 January 2011

Ranking FIFA 2011 : Malaysia Hanya Naik Dua Tangga? - Kedudukan 142 (12 Jan 2011)

Salam 1Malaysia Semua

Korang dah tengok ker ranking FiFa yang terkini. Ianya telah dikemaskini pada 12 Januari 2011. Mungkin semua orang menaruh harapan menggunung untuk melihat kedudukan Malaysia melompat jauh dari kedudukan lamanya (144 dunia)


Namun demikian ia nyata begitu menghampakan. Ammboi tak pasti samada kedudukan ini selepas diambil kira dari kejayaan menjulang Piala Suzuki 2010 yang lepas atau belum. Kalau dah? Memang mengecewakan.....



Malaysia masih kekal berada dibawah gergasi serantau seperti Thailand dan Vietnam. Malaysia juga masih dibezakan dengan banyak tangga kalau nak dibandingkan dengan jagoan lain seperti Indonesia dan Singapura. Kedudukan 142 dunia nampaknya langsung tidak menampakkan kejayaan aksi final Piala Suzuki yang lepas begitu bermakna buat FiFa.

Walau apapun, ammboi harapkan skuad negara kita tidak patah semangat dan teruskan usaha anda. Anda mungkin mampu menggegarkan Pentas Asia suatu hari nanti dan tak mustahil untuk melihat aksi anak Malaysia di GELANGGANG PIALA DUNIA!

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot