Tindakan Safee Sali Tepat! - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

09 February 2011

Tindakan Safee Sali Tepat!


Bernanah telinga ammboi mendengarkan komen dari segenap bucu meja berkenaan tindakan Safee Sali meninggalkan Selangor menuju ke Pelita Jaya FC (sebuah kelab yang menghuni tangga tercorot ISL - Indonesian Super League). Ada yang mengatakan tindakannya itu umpama membunuh kariernya sendiri dan ada pula yang mengatakan Safee bakal menjadi mangsa 'taktikal' Pelita Jaya Fc yang berusaha mematikan 'keupayaan' Safee selaku penggempur terbaik Malaysia ketika ini. Benarkah begitu?


Pelita Jaya FC merupakan kelab dalam ISL yang pernah menjuarai liga berkenaan pada musim 1994 (kalau tidak silap ammboi la). Kelab ini pernah dibarisi oleh beberapa bintang ternama dahulunya. Dan kini Pelita Jaya FC masih memiliki beberapa pemain import dari Brazil dan sebagainya. Bagi ammboi, inilah peluang untuk Safee cuba dapatkan iaitu bersaing dengan pemain import (yang dianggap lebih berkualiti) dan juga membiasakan diri dengan suasana perlawanan ditempat lawan. Takdelah pemain kita 'kekok' ketika beraksi ditempat lawan.

antara pemain import Pelita Jaya FC (Sumber SINI)

Oleh yang demikian, ammboi bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Safee dan sekiranya beliau gagal untuk bersaing disana tindakan beliau tetap yang terbaik kerana beliau berjaya membuka mata 'pihak yang berkenaan' untuk cuba 'bekerja dengan lebih gigih' bagi memasarkan pemain negara ke arena antarabangsa.

2 comments:

NARDtheNERD said...

i sentiasa support safee.
:))

cik beLLanan said...

idop safee!! ;p

Post Top Ad

Your Ad Spot