PS3 FIFA 11 vs WINNING ELEVEN 2011 : Part 1 - Pengenalan dan Harga - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

14 December 2010

PS3 FIFA 11 vs WINNING ELEVEN 2011 : Part 1 - Pengenalan dan Harga

Salam 1Malaysia Semua

Hari ini ammboi suka suki nak bercerita berkenaan FIFA 11 vs WINNING ELEVEN 2011. Ammboi bukannya pakar sangat. Cuma ammboi nak bercerita pengalaman ammboi sepanjang 'melayan' 2 permainan yang berada dalam kategori yang sama iaitu 'football dan sports' ni. Kedua-duanya merupakan saingan yang sangat sengit dan berbaloi untuk kita 'layan'. Jum baca lagi!


PENGENALAN & HARGA


PENGENALAN

FIFA 11 merupakan keluaran daripada syarikat gergasi permainan komputer, EA Sports. Produk kesinambungan dari beberapa generasi yang pernah kita mainkan dulu seperti FIFA 2002, FIFA 2004, FIFA 06, FIFA 07, FIFA 08, FIFA 09, FIFA 10 dan yang terkini FIFA 11 (list game yang ammboi pernah main). Menjadi kegilaan ramai peminat permainan bolasepak. Ammboi boleh katakan FIFA dari EA Sports ni adalah permainan bolasepak yang paling top sebelum mendapat saingan yang cukup kuat dari KONAMI.

KONAMI pula merupakan pencabar utama untuk genre permainan bolasepak ini kerana pencabar lain nyata tak mampu nak pusing modal apabila gagal memberi impak yang secukupnya. Mempertaruhkan 2 tajuk iaitu Pro Evolution Soccer (PES) dan Winning Eleven (WE) , KONAMI nyata musuh utama EA Sports dalam penghasilkan dan penjualan produk permainan genre ini.


Fifa Soccer 11

Semasa ammboi dapatkan game ini, ianya masih baru beberapa hari dilancarkan. Masa tu harganya ialah RM155.00. Kira murah ler tu berbanding dengan harga di beberapa kedai lain yang ammboi sempat 'interview'. Kalau korang tak percaya cuba tanya pada sesiapa yang dah beli game ni masa minggu pertama perlancarannya.

Winning Eleven 2011

Fuh..lama betul ammboi nantikan kelahiran baru permainan bolasepak daripada KONAMI ni. Ianya keluar lewat sedikit berbanding Fifa 11. Sedikit lewat tu adalah dalam sebulan kot. Tapi masa tu ammboi tak terus beli, coz baru jer beli Fifa 11 tak sempat nak layan dengan sebaiknya lagi. Ammboi beli WE2011 lewat dua bulan dengan harga RM170. Mahal kan. Ada yang nak jual 2nd hand tapi ammboi malas la. Dengan harga RM145 baik ammboi terus angkat yang baru. Puas hati dan kualiti memang terjamin!

note : harga untuk PES 2011 adalah RM145 sahaja...


Post Berkaitan :


2 comments:

Anonymous said...

winning eleven best..

HANGAT: Mentor 5: Lokasi,Tarikh,Kriteria dan Mentor Yang Terlibat

Seizer said...

fifa 11 menang@ pes 11 buar aku tensyen je men... NOW!!
lagipun fifa 11 ni amek dari konsolnye.. memang len dari fifa 9 dan fifa 10! bberbaloi!

http://redsonthespot.blogspot.com/

Post Top Ad

Your Ad Spot