Game Bola Mana Yang Paling Best? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

14 April 2010

Game Bola Mana Yang Paling Best?

Salam 1Malaysia buat semua. Lama dah penulis nak tulis post ni. Namun asyik tak sempat jer. Mungkin isu ni dah lama atau luput dek zaman dan bagi korang semua. Yang sebegitu la yang penulis nak tahu pendapatnya. Kerana mereka dah main game ni, dah habis level dan dah puas pon.

Tak banyak kan game bola kat pasaran. Yang biasa penulis dengar la sejak dari zaman poyo (sekolah) hingga dah dewasa sekarang cuma ada beberapa pengeluar je yang teror keluarkan game jenis sukan bolasepak ni. Ia adalah EA Sports dan Konami jer. (Tak tahula kalau penulis tak berkembang.....).



EA Sports mengeluarkan game bolanya yang dinamakan FIFA ?? dan Konami pula mengeluarkan Pro Evolution Soccer ?? (PES) dan Winning Eleven ?? (WE) untuk pasaran yang berbeza. Namun ada yang kata PES dan WE adalah game yang sama cuma tajuknya yang berbeza, dan ada pula kata lain kerana versi PES lagi susah dpd versi WE.

Bagaimana pula dengan FIFA. Untuk tahun ini, FIFA dah pun sampai versi FIFA 10!. Bila la nak keluar FIFA 11? Penulis tak pernah layan game FIFA 10 jadi penulis tak tahu nak nilaikannya.

Sedangkan PES dan WE sudah lama penulis follow. PES 2010 sememangnya memuaskan hati penulis. Kualiti gameplaynya sangat baik dan bermutu. Kira memadai la penulis beli game tersebut dengan harga RM190 (ori PS3). Tapi yang mengecewakan cuma 1/10 daripada markah keseluruhannya. PES gagal mendapat lesen penuh dari banyak kelab eropah. Bagi liga EPL pula hanya kelab seperti MU dan Liverpool sahaja memberikan PES hak untuk menyiarkan logo, baju rasmi dan sebagainya. Lain-lain nyampah penulis nak sebut. hehe



Harapannya PES 2011 boleh dijadikan versi yang 100% perfect! Semoga berjaya Konami.

p/s : Nak cuba FIFA 10 plak..... Mahal la yang baru (ori...) ada sesapa yang dah habis main ker??? Boleh tolak murah2 kat penulis. hahahahaha....


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot