22,000 Tiket Habis Dijual - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

15 December 2010

22,000 Tiket Habis Dijual

PARA peminat bola sepak tempatan nampaknya begitu teruja untuk menyaksikan pertemuan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 menemukan Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


Buktinya, sebanyak 22,000 keping tiket telah pun habis dijual dalam tempoh dua hari.


Namun, memandangkan Stadium Nasional boleh memuatkan sehingga 90,000 penonton, para peminat yang belum mempunyai tiket masih boleh membelinya di kaunter tiket stadium bermula pukul 10 pagi ini sehingga perlawanan bermula.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram berkata, penjualan tiket yang laris sepanjang kelmarin dan semalam membuktikan skuad kebangsaan kali ini mendapat sokongan penuh peminat tempatan.

"Pada hari pertama penjualan tiket di Wisma FAM semalam (kelmarin), sebanyak 5,000 keping tiket telah terjual. Hari kedua penjualan tiket di kaunter Stadium Nasional hari ini (semalam) menyaksikan sebanyak 17,000 keping tiket lagi telah terjual.

"Keseluruhannya, kita sudah menjual 22,000 keping tiket daripada sejumlah 50,000 keping tiket yang kita cetak. Tapi jika tidak mencukupi, kita akan tambah lagi cetakan," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.

Namun, Sivasundaram yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menambah, jika 50,000 penonton hadir malam ini, ia sudah cukup membanggakan kerana sudah lama aksi melibatkan skuad kebangsaan gagal menarik penonton seramai itu.

Petikan : Kosmo!Online

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot