Piala Suzuki 2010 : Malaysia Mahu Membenam Vietnam di Bukit Jalil? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

14 December 2010

Piala Suzuki 2010 : Malaysia Mahu Membenam Vietnam di Bukit Jalil?



Mungkin inilah peluang terbaik yang dimiliki oleh skuad kebangsaan kita. Peluang yang bukannya datang selalu. Beraksi diperingkat tertinggi ASEAN, merupakan langkah pertama yang ammboi boleh gelarkan "pembuka mata negara serantau". Dipalit aib oleh negara jiran, Indonesia harus cepat-cepat kita bersihkan. Benamkan ego Vietnam untuk mengangkat semula martabat bola sepak kita.




Aksi separuh akhir pertama akan berlangsung pada 15 Disember 2010 (esok) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Khabarnya penjualan tiket sangat menggalakkan. Namun ammboi petang-petang hari dah surrender, ada anak kecil dirumah menjadikan ammboi liat sekali. Cukuplah jika ammboi menyokong melalui kaca televisyen sahaja.



Tanda Tanya?

Yang menjadi tanda tanya, adakah kita bakal menang besar atau kalah teruk pada Vietnam? Kekuatan Vietnam sememangnya diakui gah dinegara ASEAN. Namun mereka pernah kalah pada kita pada peringkat FINAL, sukan SEA LAOS yang lepas. Itu bukan ukurannya, kerana pada masa itu saingan adalah diperingkat U-23. Ini Piala Suzuki, semestinya kekuatan pasukan senior menjadi taruhan untuk membersihkan nama mereka yang kalah pengejut pada perlawanan berkenaan.




Mesti Bawa Bekalan Secukupnya Ke Hanoi

Apa-apapun, ammboi harap sangat skuad kita dapat membawa bekalan gol secukupnya sebelum penentuan separuh akhir kedua di Hanoi nanti. Sudah pasti sesuatu yang sukar sekali untuk skuad bolasepak kita apabila terpaksa berdepan PEMAIN KE-12 VIETNAM iaitu PENYOKONG FANATIK MEREKA!

1 comment:

geekz36 said...

adakah kejutan milik malaysia atau vietnam?

Jangan lupa vote No. 383 /// Pilihan 10
Undi No. 383 sekarang!!!
Muchas Gracias !
Kop Khun Krap !
Arigatô gozaimasu !

Post Top Ad

Your Ad Spot