Pemain Luar (Import ) Hanya Menutup Ruang Pemain Tempatan? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

13 December 2010

Pemain Luar (Import ) Hanya Menutup Ruang Pemain Tempatan?

Ammboi sokong pendapat yang diberikan oleh Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan kita, K.Rajagopal berkenaan isu "TIADA RUANG UNTUK PEMAIN LUAR". Sememangnya peluang untuk pemain tempatan akan tertutup jika negara kita mengambil pemain import. Namun demikian, pemain import berkenaan bukannya kita mbil untuk semua posisi. Mungkin hanya perlu di posisi penyerang untuk tajamkan serangan atau di posisi pertahanan untuk tambahkan kekuatan barisan pertahanan kita yang ternyata kekurangan ketinggian. Korang boleh baca n3 ammboi sebelum ini berkenaan "PERLUKAH SKUAD MALAYSIA MENGAMBIL PEMAIN IMPORT?".

Peminat bukannya mahukan kejayaan 'segera', cuma kami seperti tidak mahu lagi bermimpi di siang hari, melihat skuad negara jadi belasahan dan menahan 'perasaan pilu' melihat ranking negara kita makin menjunam.

Kosmo! semalam menyiarkan laporan tentang luahan seorang peminat bola sepak, Ghzalie Zali yang mengharapkan supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka mata dan memantau perkembangan pemain-pemain negara yang menimba ilmu di luar negara.

Menurut Ghzalie, pemain-pemain seperti Brendan, Takashi, Nicholas, Sheang Sung atau Ash boleh menjadi aset kepada skuad kebangsaan, dan Malaysia akan kerugian andainya pemain-pemain tersebut hilang begitu sahaja.
Macam mana FAM boleh terlepas pandang berkenaan bakat pemain-pemain ini? Ammboi rasa bukan hanya FAM, badan sukan yang lain pun sama. Bukannya nak menyokong, tapi di kritik nya adala kot. Sepatutnya hal-hal pemain sebegini sudah lama FAM uruskan. Bukan hanya nak tunggu perintah Tuanku Presiden ajer.

Namun Rajagobal berkata, dia tetap perlu meneliti segala maklumat mengenai pemain-pemain tersebut terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan untuk memanggil mereka menjalani ujian bersama skuad kebangsaan.

"Kita tak boleh hanya semata-mata melihat aksi mereka menerusi rakaman video atau YouTube. Kita kena lihat betul-betul sama ada mereka sesuai dengan corak permainan kita, bincang dahulu dengan jurulatih dan kelab mereka serta beberapa perkara lain," jelasnya.
Betul tu coach, tapi bila nak panggil? Tak cuba kita tak tahu kan. Ammboi rasala, apa yang coach risaukan bukannya pasal kemampuan pemain berkenaan, mungkin coach risau jika mereka yang taknak main dengan Malaysia kan? Kalau dah jadi macam tu kita semua rakyat Malaysia lupakan ajela mereka tu. Kerajaan Malaysia pula faham-faham ajela. Hapuskan ajer nama mereka dalam mana-mana rekod negara kita. Mereka sudah menderhaka kepada NegaraKu!

Brendan

Brendan
Brendan, 24, yang bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan kini mewakili kelab Sydney FC dan beraksi sebagai pemain tengah.

Takashi, 24, pula dilahirkan di Pulau Pinang dan kini bermain dalam Liga Jepun (Liga-J Divisyen 2) dengan kelab Fagiano Ogayama FC dan bermain di posisi pertahanan tengah dan bek kanan.
Nicholas, 19, adalah pemain tengah yang merupakan anak kepada pemilik kelab Cardiff City iaitu Datuk Chan Tian Ghee.

Sheang Sung pula berumur 15 tahun bermain di Liga J (Divisyen 2) dengan kelab FC Yokohama.


Manakala Ash, 13, yang berasal dari Selangor kini dikatakan telah mengikat kontrak selama 2 tahun bersama pasukan Queens Park Ranger (QPR).

Pemain kelahiran tempatan yang beraksi diluar negara mungkin memiliki sedikit kelebihan berbanding pemain tempatan. Mereka pastinya susah untuk mewakili skuad kebangsaan jika ranking negara kita masih ditakuk pasukan 'bawahan'. Apatah lagi untuk mengajak mereka beraksi dalam liga tempatan. Mungkin usaha 'yang berlainan' diperlukan untuk memikat mereka beraksi untuk negara. Ayuh FAM, pastikan bakat dan kebolehan yang mereka ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk negara.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot