Kes pembuangan bayi semakin berleluasa. Tak cukup 1 kes sehari, ada pulak yang berlaku kat tempat lain. Subhanallah. Mereka (pembunuh bayi malang) ini manusia atau BINATANG?
Kejam tak melampau. Mereka (pembunuh bayi malang) ini tidak layak untuk dimaafkan. Ammboi menyokong sepenuhnya usul Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mentakrifkan kes pembuangan mati sebagai kes CUBAAN MEMBUNUH dan boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementeriannya pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.
Menurut beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah itu.
“Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes-kes ini sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat, sebagai kes bunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. - PETIKAN KOSMO! ONLINE
Agak malang bayi yang tak berdosa ini dijadikan mangsa kerakusan nafsu SYAITAN berwajahkan manusia. Allahuakbar!
Gambar Petikan Internet : Berita Harian
Ada banyak lagi gambar, tapi ammboi tak sanggup untuk menyiarkannya. Sedih ammboi tengok. Sedangkan haiwan pun tau menjaga/ melindungi anaknya. Tapi manusia laknatullah ini hanya layak digelar BINATANG!
Ammboi menyeru kepada semua untuk bersama-sama menyokong usul yang dibangkitkan ini. Mereka (pembunuh bayi yang tak berdosa) ini wajar dikenakan hukuman sedemikian tidak mengira pangkat, usia mahupun jantina jika disabitkan bersalah.
p/s : harap maaf, bahaya kasar sikit... kepada sang BINANTANG tu.. ko janganlah nak terasa hati dengan ayat kasar ammboi ni.. ko memang tak layak untuk dikasihani.
3 comments:
bukan binatang dah tu ammboi tapi syaitan paling jahat di muka bumi ni. bila buat dosa tak sedar, tambah pulak dengan dosa ni. saya juga sokong...
tepat sekali hukuman tu...
memang patut dah hukuman tu.. x ada perikemanusiaan
Post a Comment