|
|
BUDAPEST - Seorang gadis di Hungary akan melelong daranya menerusi sebuah stesen televisyen secara langsung, lapor sebuah akhbar semalam.
Remaja tersebut yang berusia 17 tahun dan dikenali sebagai Miss Spring menyatakan, dia akan menyerahkan daranya kepada lelaki yang membayar harga tertinggi itu sebaik sahaja usianya mencecah 18 tahun.
Dia dilaporkan berbuat demikian bagi mengumpul wang untuk menyelamatkan rumah milik keluarganya daripada dilelong akibat hutang tertunggak.
"Hubungan seks itu cuma untuk semalam. Bagi saya, ia agak romantik kerana saya melakukannya dengan lelaki yang membayar wang untuk membantu keluarga saya daripada kehilangan tempat tinggal. Dia adalah penyelamat saya," katanya.
Pada mulanya, gadis itu mahu merahsiakan identitinya tetapi mengubah fikiran apabila kisahnya disiarkan media tempatan. - Agensi
Petikan : Kosmo! Online
Ulasan Ammboi
Dasat betul kan zaman sekarang. Dara pun diorang nak lelong. Gila ke apa? Dah takde maruah kot. Walaupun ko bukan Islam, tetapi setiap agama ada batasannya. Dasat....
Mintak jauhlah perkara begini terjadi kat negara kita, Malaysia. Adat ketimuran amsih kuat kan. Tetapi banyak jugak dah rosak kalau kita tak bendung dari awal. Masalah sosial dikalangan remaja juga semakin meruncing. Apa yang merunsingkan lagi ialah Kes Pembuangan Bayi.
Subhanallah....
1 comment:
Jual Dara pun ada yer... hehehe...
betul ke dia ni dara...
kot-kot dah xde feellll...
ahaks.....
Post a Comment