ammboi pinjam pic ni dpd pakcik google
TAK SERIK! Itulah yang ammboi boleh gambarkan. Aduhai manusia SYAITAN LAKNATULLAH. Bahawasanya syaitan-syaitan (syaitan sebenar) telah dirantai didalam bulan puasa ini. Kenapa masih ada lagi syaitan yang lebih zalim dibulan Ramadhan yang baik ini?
Ammboi tak sanggup untuk menatap gambar yang ada dalam Kosmo! Online pagi ini. TAK SANGGUP... Apatah lagi ammboi nak siarkan di BLOG manusia senaif ammboi ni. Subhanallah. Allah maha besar. Duhai tuhan sekalian alam, apakah bala manusia jenis ini wujud dimuka bumi. Syaitan sekalipun mungkin bangga kerana ada hambanya yang masih setia mengikut ajarannya walaupun mereka (syaitan) sendiri dirantai.
PETALING JAYA – Lima sahabat yang leka menjala ikan terkejut apabila menemui satu beg galas yang hanyut berisi mayat bayi perempuan di Sungai Tambun di Kota Damansara di sini semalam.
Beg galas berwarna hitam itu dipercayai dicampak ke dalam sungai itu dan dihanyutkan air menghala ke kolam tadahan banjir tidak jauh dari situ.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohamed berkata, mayat bayi berkulit gelap itu dipercayai telah dibuang beberapa jam sebelum ia ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh lima sahabat yang sedang menjala ikan.
Menurut beliau, ketika ditemui mayat bayi itu dibungkus dengan kain sebelum dimasukkan ke dalam beg galas.
“Bayi itu dipercayai telah mati sebelum ia dibuang ke dalam sungai,” cerita beliau ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Katanya, polis tidak menemui apa-apa dokumen atau nota dalam beg pakaian tersebut.PETIKAN : KOSMO!Online
Hukuman apakah yang wajar DUNIA laksanakan untuk kes seperti ini. Buang zuriat sendiri seperti membuang sampah. Malah mungkin lebih teruk lagi daripada sampah. Wajarkah hukuman mati dikenakan, kawan?
Ammboi tak mahu terus bincangkan soal hukuman mereka (syaitan bertopengkan manusia). Ammboi nak menyeru agar warga polis sekalian, mahupun masyarakat berusaha berkerjasama MENJEJAK, MENCARI, dan MENANGKAP PESALAH ini. Mampukah kita, kawan?
Adalah tidak adil kita terus biarkan mereka beleluasa. Tidak adil untuk kita terus biarkan mereka hidup. Tidak adil juga kita biarkan mereka terus bertopengkan muka manusia. Ini yang ammboi mampu sampaikan. Jadi sama-samalah kita sampaikan. Agar kita dihindari gerakan penyamaran syaitan bertopengkan manusia ini.
p/s : doakan isteri ammboi selamat bersalin yer. due 9.9.10 ni. tak sabar nak jadi AYAH.


No comments:
Post a Comment