Piala Thomas : Segalanya Mungkin Buat Malaysia - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

08 May 2010

Piala Thomas : Segalanya Mungkin Buat Malaysia

Semangat berpasukan kunci kemenangan


IMBAS kembali... Skuad badminton negara ketika menjulang Piala Thomas di Stadium Negara pada tahun 1992.


SEMANGAT berpasukan yang diberikan oleh setiap pemain telah menjadi kunci kejayaan skuad badminton negara ketika menjulang Piala Thomas pada tahun 1992.

Menurut bekas jaguh beregu negara, Jalani Sidek, semangat tersebut perlu ada dalam setiap diri pemain negara yang akan memulakan saingan di Stadium Putra esok.

"Saya cadangkan pemain kita banyak merancang strategi permainan secara bersama dengan cara perbincangan secara berpasukan.

"Semua pemain perlu terlibat sama agar mereka dapat mengetahui apa yang perlu dan tidak perlu mereka lakukan dalam menghadapi keadaan yang berbeza-beza ketika berada dalam pertarungan," katanya.
Beliau juga mencadangkan hanya pemain utama sahaja diturunkan pada setiap perlawanan, manakala pemain simpanan hanya digunakan jika berlaku keadaan yang memerlukan sahaja agar ia tidak menjejaskan tumpuan barisan pemain utama.

Jalani melahirkan rasa duka- cita apabila pemain negara seolah-olah tidak mendapat keis- timewaan sebagai tuan rumah kerana hanya diberi masa tiga hari untuk berlatih di Stadium Putra.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana saya masih ingat lagi dulu kami diberi masa sebulan untuk berlatih di stadium negara," kata- nya. 

Beliau berkata, semua pemain termasuk perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih mencari-cari rentak untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang kerana bukan mudah untuk bermain di stadium yang besar.

"Namun, saya harap mereka mampu menyesuaikan diri dalam jangka masa singkat ini," katanya.
Jalani dan abangnya, Razif merupakan gandingan beregu dalam skuad Malaysia yang kali terakhir menjulang Piala Thomas di Stadium Negara pada 1992.

Sementara itu, nasihat dari- pada bekas jaguh perseorangan negara, Foo Kok Keong yang turut bermain pada 1992 ialah agar semua pemain dalam skuad negara mula membina keteguhan dalaman masing- masing agar tidak mudah layu apabila berhadapan dengan pihak lawan.

"Kita mempunyai barisan pemain handalan, namun mereka perlu mempunyai kekuatan dalaman yang tinggi jika ingin menang dalam kejohanan ini," katanya.
Kok Keong berkata, selain daripada kekuatan fizikal, keyaki- nan dan kekuatan dalam juga diperlukan untuk menang.
Menceritakan pengalaman beliau ketika berdepan dengan pemain Indonesia, Alan Budi Kusuma pada perlawanan pusi- ngan Kejohanan Piala Thomas edisi 1992, Kok Keong berkata, pada mulanya beliau rasa tertekan apabila ketinggalan pada set pertama.

Namun, beliau kembali bangkit setelah memperoleh keyaki- nan walaupun tertekan pada mulanya apabila lawannya menguasai set pertama.

"Ketika menghadapi saat getir saya berkata pada diri sendiri, inilah satu-satunya peluang untuk menjadi juara dan saya perlu menggunakan peluang ini jika ingin menang dengan cara menghadapi lawan," kata beliau yang berjaya mene- waskan Alan 3-2. - Bernama


Petikan : Kosmo!Online


Ulasan AmmBoi :

Segalanya pasti akan menjadi jika dengan moral yang baik. Dah bermacam-macam rintangan dihadapi, semuanya dilalui dengan amannya. Harapan rakyat Malaysia yang menggunung pasti akan menjadi kenyataan jika apa yanga dirancangkan menjadi.


Skuad badminton Malaysia mendapat rangsangan baru apabila dua jurulatihnya (Rashid dan Misbun) disahkan akan menyertai kem Malaysia setelah bebas dari wabak H1N1. Ianya satu khabar gembira buat pemain malahan juga buat semua rakyat Malaysia.


Sokongan padu dari semua rakyat Malaysia amatlah ditagih. Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri akan terhasil dengan sokongan peminatnya. Semoga kita sama-sama dapat membantu meningkatkan moral skuad kebangsaan. Penantian selama ini pasti akan menjadi kenyataan.


p/s : berhati-hati juga dengan wabak H1N1. pastikan anda mengikut nasihat dari pihak yang berwajib.



No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot