Malam esok merupakan saat yang getir buat pasukan pilihan ammboi. Takkala perlu berdepan Stoke dan meraih kemenangan, Man U juga perlu mengharapkan Wigan menewaskan Chelsea di stadium keramat Chelsea sendiri. Ada yang cakap mustahil Wigan akan mengulangi kejayaan menundukkan Chelsea sebagaimana yang mereka lakukan pada perlawanan pertama. Namun dalam dunia bolasepak semuanya boleh jadi.
Berbalik kepada cerita Man U tadi, Stoke bukannya lawan yang patut diperkecilkan. Sesungguhnya, lawan yang lemah biasanya akan membuatkan pemain bintang menganggap ianya adalah perlawanan yang mudah. Namun, Man U perlu fokus dan turun dengan moral 100% jika mahu memadamkan rekod kemengan EPL Liverpool dengan kelebihan 1 piala daripada 18 kemenangan liga sebelum ini.
No comments:
Post a Comment