Mula jer celik mata, banyak ajer peristiwa2 menarik akan penulis alami hari ni (perasaan dalam hati...). Bermula dengan keluar membeli sarapan (baby dlm perut cakap nak makan roti canai....?), lepas tu nak tgk tv ada cite 'bapakku orang korporat' kot tajuknya, hehee... Lepas tu nak kuar makan tengah hari kat 'downtown' cheras, kemudian nak pi Ca***zi nak beli rak tv (ada iklan murah kat paper...).
Banyak lagi ni, nak pi beli hp untuk ibu mertuaku (dia minta belikan ), kedian nak balik rumah main game ps3 pes2010 (hujung minggu ni tak layan lagi... minggu depan ada game kat Putrajaya sempena Karnival Futsal Putrajaya ), petangnya pula ada live Badminton Piala Thomas Malaysia vs Nigeria (tak sempat nak pi... isteri mengandung plak tu, bahaya keluar tmpt org ramai...hehehehe...), malamnya plak tak sabar nak tunggu siaran langsung bola EPL (Man U vs Stoke dan Chelsea vs Wigan).
Kat atas merupakan jadual penulis hari ni... hehehe....
Namun bukan semua yang kita rancang akan menghasilkan sesuatu seperti yang kita mahukan. Ada la jugak nasib tak baiknya kan. Sudah suratan takdir. Kita kena terimalah. Apa yang penulis maksudkan nasib tak baik????
Mula dengan beli sarapan, ok aje seperti yang dirancangkan. Kira cepat la gak penulis dapat turn masa tunggu kat kedai mamak tu, orang tak ramai lagi. Balik jer rumah terus je makan ngan wife + baby. Uuuggh..kenyang gak. Lepas tu pi basuh kain (mesin basuh jer...heheheh...) dan nengok tv. Best gak cite tuh. Layan jela....
Tengahari rasa lapar lak. Terus ajak wife kuar makan. Kesian nak suh dia masak. Hari minggu katakan. Makan kat luar jela. Kami pegi makan kat downtown Cheras. Mkn ayam kampung. Best.... Nak kata murah xdela sangat. Nama Restoran tu adalah Restoran A.Hassan. Tahniah la kat En. Hassan kita tu. Kedainya punyala ramai orang. Sampaikan kena bergasak-gasak nak ambik makanan.
Balik dari makan kami terus pi Ampang, kata tadi nak tengok perabot kan. Punyalah kami mencari-cari, susah jugak kedai
Balik je kat rumah terus dok gelak-gelak ngan wife. Sabar ajelah.... Nak hilangkan tensen terus main game. ehehehe (alasan....). Ok gak la hari ni punya game, menang semuanya. Dah lawan komputer (world class punya level) tu banyak kali dah. Mesti kita pun boleh dah baca gerakan dia. Mungkin komputer taknak layan dah. heheheehe... Lain lawan dengan HUMAN ni. Otak lain-lain fikir, kita pun susah nak baca gerakan dia (otai jerr...).
Sudah main game tumpang wife tengok cite Oh Ibu! Sempena hari ibu kan. Banyak la cite gini...
OHHH.... SEBELUM TERLAMBAT PENULIS NAK UCAPKAN.....
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA KAUM IBU!!!!
JANGAN LUPAKAN JASA IBU KITA YER....
Petang dah, seperti dlm jadual hari ni ada game Piala Thomas, Malaysia vs Nigeria. ALAMAK... Rupa2nya pasukan Nigeria tak sempat datang untuk game ni. Aik mcm mana boleh jadi tu. Kecewalah penulis tak dapat menyaksikan match tu. Perlawanan pemanas badan untuk mengukur prestasi pemain Malaysia. Jadi terpaksalah penulis berblog meluahkan kekecewaan dihati..... (apa la perasaan peminat2 yang hadir kat stadium tu agaknya....????)
Malam ini penulis amat mengharapkan WIGAN mencipta kejutan keatas Chelsea. Seri pun dah cukup. Dan Man Utd menang melawan Stoke. Wigan harus berjuang bermati-matian jika mahu mengaibkan Chelsea. Jika mereka gagal maka Man Utd dan peminatnya akan kecewa.. arrrrrr.....
Kata pengulas sukan kat Chelsea akan mudah mengalahkan Wigan 4-0, 3-0, atau 7-0!!!!. Melampau tu, diorang ingat Wigan tunggul kayu ker???? Ayuh Wigan!
Apa-apapun tahniah buat Red Warrior, walaupun sekadar seri menentang Pahang di Kuantan, namun aksi tidak mengalah boleh dijadikan sebagai dorongan untuk perlawanan seterusnya.
p/s : gambar slow nak upload.. sekarang penulis menggunakan broadband P1 yang hampeh. mahal punya rm90 tapi slow nak mampus. apa kejadah ni????? baik lagi guna maxis rm78!!!!!!!
dulu p1 laju tau, sekarang dah slow... KENAPA???? Maxis Broadband plak yang laju sekarang!
No comments:
Post a Comment