Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang
mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia
dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik,
namanya Minah.
Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya
dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak
mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam
akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang
ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai
tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada
di belakang rumahnya.
Minah (bukan nama sebenar)
gambar hiasan
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang
memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan
tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah
seorang dari mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si
pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia
berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal
dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya
dengan penuh tekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya
sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya
menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat
belaka. Gembiralah si Minah ni tadi.
Ladang Ternakan Minah
gambar hiasan
Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun
berkata kepada Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik
dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi
ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..."
Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke
rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman
pulang kerumah.. Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil
duduk di sofa berhampiran unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.
Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,
melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku."
Leman buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...
"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."
Ekekekek... apa yg engkorang pikir haaa ? Lu pikirla sendiri he he...
Petikan : Email (sahabat)
Gambar Hiasan : Petikan Internet
No comments:
Post a Comment