Salam 1 Malaysia.
Piala Thomas
Kejayaan skuad negara ke saingan separuh akhir kejohanan berprestij Piala Thomas 2010 boleh dibanggakan. Walaupun skuad kebangsaan seakan-akan berada diambang penyingkiran setelah terikat 2-2 kepada pasukan Denmark. Hafiz Hashim muncul selaku penyelamat maruah negara setelah berjaya menundukkan Joachim Persson pada perlawanan penentuan dengan keputusan 21-12 dan 21-10. Memang gegak gempita stadium Putra apabila Hafiz membuktikan dirinya masih mempunyai 'sesuatu' untuk negara.
Sebelum itu Datuk Lee Chong Wei memberikan mata pertama apabila menewaskan Peter Gede, kemudian beregu 'emas' negara menghadiahkan mata kedua apabila mengalahkan regu Denmark, Boe dan Mogensen.
Skuad negara mengalami detik cemas apabila perseorangan kedua negara, Choong Han kalah kepada Jorgensen. Manakala beregu 'bidan terjun' Zakry dan H.T.How pula kalah kepada beregu senior Denmark, Paaske dan Rasmussen. Walaupun kalah aksi kedua-dua wakil negara ini seharusnya dipuji.
Malaysia akan menentang China pada perlawanan separuh akhir esok.
Rentak kemenangan Malaysia sedikit suram takkala skuad Uber negara gagal mara ke peringkat seterusnya apabila kalah 3-0 kepada Indonesia.
No comments:
Post a Comment