Elaun COLA Akan Ditarik Balik - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

21 January 2010

Elaun COLA Akan Ditarik Balik

Di petang yang hujannya renyai-renyai ni penulis nak ambik masa la ckit untuk update blog ni. Kerje dah setel dan tapi ada la lagi sikit-sikit urusan yang masih belum di'complete' kan. Maklumlah ni isu hangat jugak ni untuk kakitangan awam.

ELAUN COLA AKAN DITARIK BALIK

Penulis bukan sesaja nak mengkalutkan keadaan. Namun ianya menjadi tanda tanya kepada penulis sepanjang hari ini. Betul ke? Apa komen pihak yang berkenaan. Dari pagi cerita ni tersebar, makin merebak dan makin berkembang la pulak jalan ceritanya. Sehinggakan penulis sendiri naik hairan, siapakah mereka ni? mata-mata kerajaan ke? spy PM ke? orang kanan tertinggi kerajaan ke? (dah semua dia tau...padahal belum ada berita rasmi lagi!). Untuk kepastian penulis cuba search kat GOOGLE dengan menaip COLA. Rupa-rupanya dah banyak post hari ni berkenaan tajuk COLA. Dasat jugak.  

Ada yang cakap beberapa JABATAN/KEMENTERIAN telah menerima pekeliling berkenaan isu tersebut dan sumber berita yang tak boleh dipercayai sangat kata COLA akan mula STOP pada APRIL ni.

Boleh dikatakan ramai dah dok buat kira-kira bajet jika gaji bulan akan datang takde COLA. Ada yang kata OK lagi la. Ada pulak yang dah mula pening macam nak pengsan bila di TOTAL GAJI BERSIHnya tinggal NEGATIF!. Adussss....

Yela, semua kakitangan awam yang bergaji dibawah RM2000 hidup bergantung pada COLA. Kakitangan AWAM juga nampak LOADED disebabkan COLA. Kakitangan AWAM juga menikmati hidup makan gaji dengan amannya juga dengan adanya COLA...

COLA

Tersangatlah penting. Kenapalah dizaman ekonomi serba gawat ni Elaun COLA kakitangan AWAM pula yang menjadi mangsa. Bukankah elaun ini diberi keistimewaan kepada kakitangan awam sebagai salah satu usaha kerajaan membantu kakitangan awam yang diambang kemiskinan? Sekarang bantuan tersebut seolah-olah disentap dan diambil balik dengan membiarkan KAMI terabai. (alamak..emo plak aku......sori...) Bagi penulis, amat-amat berharap COLA dikekalkan.

PERANAN CUEPACS?

Mana CUEPACS? Mana komen pihak CUEPACS? Kami perlukan penjelasan dari pihak ANDA...


p/s : COLA? Aku pun turut kempis......................


3 comments:

Anonymous said...

betul la kot. saya pun ada dengar khabar angin mengatakan elaun cola akan ditarik balik. malahan buka cola sahaja tetapi melibatkan elaun perumahan juga.

lanunsepet said...

ade ter baca gak bro..
walaupun sy ni stadi lagi.. tp dlm isu ni tak patut lar..

ader something ngna kerajaan skrg.. setuju tak?

ammboi said...

em..x pasti tu la.. tambahan pula zaman kerajaan gawat. mcm2 bley jadi... yg penting kn bykn sabar jela. tapi pagi tadi cuepacs dah bersuara. katanya khabar angin COLA akan ditarik balik adalah tidak benar.

Post Top Ad

Your Ad Spot