Kelantan Kalah Kepada Kedah : 1-0 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

21 January 2010

Kelantan Kalah Kepada Kedah : 1-0

Kecewa yang teramat sangat sehinggakan berlakunya rusuhan kecil selepas perlawanan antara Kelantan melawan Kedah di Kota Bharu. Penyokong fanatik Kelantan nampaknya kecewa dengan strategi dan taktikal yang diamalkan oleh jurulatih Kelantan, Sathia. Strategi yang beliau lakukan gagal memberikan impak dibahagian serangan.

Kekalahan 1-0 kepada Kedah terus mencalarkan imej Sathia, yang kalah buat kali pertama di Stadium Keramat skuad Sang Kijang. Malahan sang Kenari pula riang memungut kemenangan moral setelah gagal mempamerkan aksi terbaik sepanjang liga super berlangsung.

Sathia menjelaskan, skuad yang diturunkan terpaksa dirombak semula berikutan kecederaan yang dialami oleh Nor Farhan dan Shahrul Idlan Talaha. Sathia menyifatkan Nor Farhan adalah tonggak penting skuad ini kerana beliau adalah key player dibahagian serangan.

Diharapkan penyokong sang 'PERWIRA MERAH' dapat bersabar dan perjalanan liga masih lagi jauh. Kelantan pastinya akan berusaha sehingga mencapai kejayaan yang menjadi target pihak pengurusan iaitu satu piala.

Ketika ini, Liga Super 2010 masih lagi dirajai oleh Selangor yang mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan. Tok Gajah juga turut tumbang dibelasah teruk oleh Gergasi Merah. Keserasian dalam skuad Selangor nyata terserlah sedangkan Kelantan masih mencari kesefahaman antara satu sama lain setelah beberapa muka baru dimasukkan tahun ini.

p/s: tak sabar menantikan pertemuan RED WARRIORS vs RED GIANTS!


Sumber : Laman Web Rasmi Kelantan FA

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot