Pemujaan makhluk halus ini sering digambarkan kepada kita melalui filem-filem atau drama tempatan. Kalau nak kata kita lihat sendiri, ammboi memang tak pernah lihat la. Ke ada yang pernah lihat? Kalau belum korang mesti tonton filem dokumentari Penunggu Istana yang telah diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios. Itu semua adalah sekadar cerita dan lakonan semula. Mulai 21 April lepas, anda berpeluang untuk menyaksikan sendiri dengan mata dan mendengar dengan telinga penemuan-penemuan misteri yang mungkin menyebabkan lidah kelu seribu bahasa, mata terbeliak tidak terbendung, malah mungkin kaki tidak terasa berpijak di atas lantai. Ia sememangnya satu kenyataan. Pengalaman menonton sebuah filem realiti seram genre paranormal pertama di Malaysia itu tidak akan sama dengan pengalaman menonton filem-filem seram sebelum ini.
Post Top Ad
Your Ad Spot
Showing posts with label Penunggu Istana Download. Show all posts
Showing posts with label Penunggu Istana Download. Show all posts
24 April 2011
21 April 2011
SINOPSIS FILEM | PENUNGGU ISTANA | ISTANA BILLAH | DOWNLOAD
Penunggu Istana - Setelah mereka berjaya mengesan sesuatu yang aneh semasa berada di Istana Billah, perasaan ingin tahu mereka semakin membuak-buak untuk meneroka lebih jauh. Seperti ada perasaan ketidakpuasan mula menular dalam diri mereka. Mereka akhirnya bertindak melampaui batas dan mula melanggar pantang larang yang telah dipesan oleh Uncle Seekers. Mereka mula membakar kemenyan untuk upacara memuja 'penunggu' di situ agar memunculkan diri. Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah menggunakan darah haid salah seorang pelajar perempuan di kalangan mereka, dipercayai untuk menjamu makhluk halus tersebut. Untuk mengetahui seterusnya apakah yang terjadi kepada kelima-lima pelajar tersebut, segalanya bakal dirungkaikan melalui Penunggu Istana....?
Post Top Ad
Your Ad Spot
