DARAH HAID JAMU MAKHLUK HALUS | PENUNGGU ISTANA - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

24 April 2011

DARAH HAID JAMU MAKHLUK HALUS | PENUNGGU ISTANA

Pemujaan makhluk halus ini sering digambarkan kepada kita melalui filem-filem atau drama tempatan. Kalau nak kata kita lihat sendiri, ammboi memang tak pernah lihat la. Ke ada yang pernah lihat? Kalau belum korang mesti tonton filem dokumentari Penunggu Istana yang telah diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios. Itu semua adalah sekadar cerita dan lakonan semula. Mulai 21 April lepas, anda berpeluang untuk menyaksikan sendiri dengan mata dan mendengar dengan telinga penemuan-penemuan misteri yang mungkin menyebabkan lidah kelu seribu bahasa, mata terbeliak tidak terbendung, malah mungkin kaki tidak terasa berpijak di atas lantai. Ia sememangnya satu kenyataan. Pengalaman menonton sebuah filem realiti seram genre paranormal pertama di Malaysia itu tidak akan sama dengan pengalaman menonton filem-filem seram sebelum ini.


KISAH benar Penunggu Istana bermula daripada keberanian lima orang pelajar yang nekad memburu entiti misteri di Istana Billah.

Filem ini berdasarkan pengalaman sepanjang 15 hari mereka (lima pelajar universiti terdiri daripada Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf) di sana dengan bantuan kumpulan pengkaji aktiviti paranormal yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Kumpulan Seekers (diketuai oleh Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers), disampaikan secara langsung buat penonton untuk sama-sama berkongsi menyaksikan beberapa penemuan aneh yang mampu meremangkan bulu roma!

Persoalannya kini, beranikah anda untuk mengetahui kebenaran itu?

Istana Billah merupakan sebuah kediaman dua tingkat yang telah ditinggalkan beratus tahun dahulu. Dipercayai telah dibina oleh seorang bangsawan dari suku Maidailing, Sumatera, rumah tersebut pernah menjadi lambang senibina yang gah pada tahun 1890-an. Namun, tidak pernah diketahui apa puncanya ia ditinggalkan begitu sahaja. Hanya buah mulut penduduk setempat yang mengatakan rumah itu berpenunggu membuatkan ramai yang ingin mengetahui kesahihannya.

Bukti Istana Billah suatu tempat yang menyeramkan adalah apabila krew produksi drama Warkah Terakhir yang menjalani penggambaran di situ telah 'diusik' oleh sesuatu. Kes itu lalu telah mengheret lima pelajar tadi untuk memburu entiti paranormal tersebut. Mereka telah dibekalkan dengan peralatan canggih Kumpulan Seekers bagi merakam bukti menunjukkan Istana Billah benar-benar mempunyai penunggu!

Istana Billah

1 comment:

NARDtheNERD said...

nak download lah..
ehehe.
:)

Post Top Ad

Your Ad Spot