Jutawan Rusia, Roman Abramovich sekali lagi mahu melabur jutaan pound untuk kelabnya, Chelsea. Beliau dikatakan mahu mengembalikan semula kekuatan Chelsea yang kini semakin tenggelam dek kerana hero-hero lama beliau semakin meningkat usianya. Abramovich dikhabarkan menambahkan pelaburan sebanyak 80 juta pound (RM394 juta) lagi untuk mendapatkan beberapa pemain idamannya. Beliau mahu pasukannya dikuatkan dengan pemain tengah yang lebih kreatif, pertahanan kental bertaraf dunia dan pemain yang lincah dibahagian sayap. Agar Chelsea mampu beraksi dengan lebih menarik, katanya. Siapa pemain yang diintai Chelsea?
Sasaran itu dipercayai termasuk kapten Arsenal, Cesc Fabregas, bintang muda Tottenham Hotspur, Gareth Bale dan pemain pertahanan Belanda, Gregory van der Wiel.
Selain itu, Wesley Sneijder, Thomas Muller, Adam Johnson, Matt Jarvis, Ashley Young, Jack Rodwell, Marouane Fellaini, Luka Modric and Andrey Arshavin turut disenarai pendek.
p/s : wah.. 80 juta pound mana cukup nih...
Sumber : Kosmo!Online
5 comments:
Seksi.. Wakaka...
myetech9[dot]com @ Enchik Nine
angan-angan je mat rusia ni
harga naik lagi!
@Izzuddin Fauzi seksi ler kot..hahaha.. panaskan tajuk...
@Filippo mmm...kuasa wang.. semua boleh berubah...
buatlah mcm mne pn.. hati ttp xle trima chelsea.. hahaha!
Post a Comment