3 BERADIK MENJADI KORBAN | TRAGEDI PALING PERIT - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

05 May 2011

3 BERADIK MENJADI KORBAN | TRAGEDI PALING PERIT

Tolak tepi isu skandal seks, tolak jauh-jauh jugak cerita-cerita panas lain. Berita kematian 3 beradik ini terbayang kat depan mata ammboi. Sedih sangat. Dalam ceria-ceria dok asyik bermain, mana tahu pula datang air pasang macam tu dan terus menghanyutkan mereka bertiga.


Itulah yang ammboi gerunkan kalau bab nak pergi berkelah kat jeram ke, pantai ker... kes macam ni lah boleh terjadi dengan keadaan cuaca yang tak menentu macam ini. Kejap panas, panas terik dan tetiba hujan lebat. Sukar untuk diduga cuaca sekarang. Kadang-kadang takde hujan ribut pun tetiba kilat dok sabung-menyabung. Banjir kilat tu takyah cerita la kalau kat KL ni.


Harap keluarga Said Ahmad Ibrahim, 28 dan Wan Azleela Wan Abdullah, 33 banyakkan bersabar diatas kehilangan 3 orang anak mereka Nursyaza Alisa, 5, Nursyaza Azera, 4, dan Nursyaza Sakinah, 2. Sehingga semalam ammboi hanya tahu 2 kakaknya sahaja yang dijumpai manakala adik Syaza Sakinah masih belum ditemui mayatnya. Sama-sama kita doakan agar mayat adik Syaza Sakinah dijumpai dengan sebaiknya. Sedekahkan jugak Al-Fatihah untuk arwah.

Sumber : Kosmo!Online

4 comments:

mama aini said...

begitu takdir... allah yang mengetahui..alfatihah utk family dia org..sedih juga mama membaca akhbar tersebut..

Anonymous said...

sedih sangat tapi Allah lebih menyayangi mereka. Ketiga-tiga mereka akan menunggu ibu bapa mereka di pintu syurga.

ammboi said...

@MaMa AiNi yela.. tuahn lebih menyayangi mereka...

ammboi said...

@Tanpa Nama insyaallah... amin

Post Top Ad

Your Ad Spot