MENU HARI INI | IKAN SIAKAP TIGA RASA - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

23 April 2011

MENU HARI INI | IKAN SIAKAP TIGA RASA

Aiseh...tak tahu nak mengarang apa malam ni. Ammboi kasi rembat menu malam ni jela yer. Hihi..pada sesiapa yang tak reti nak masak tu ( terutama kaum hawa yang takde bakat tu) silalah belajar memasak yer. Bila dah besor nanti korang nak masak untuk suami masing-masing pulak. Ok, menu hari ni yang ammboi makan adalah Ikan Siakap Masak 3 Rasa dengan Peria Goreng Telur jer. Simple namun menyelerakan.


BAHAN-BAHAN ( 1 ekor ikan~sehidangan )

1 ekor Ikan siakap
Daun Ketumbar
Serbuk kunyit (secukup rasa)
Garam (secukup rasa juga)
Cili boh (secukup rasa jugak nih)
8 biji lada besar/merah
1 biji bawang putih (dicincang halus)
4 biji bawang merah (dicincang halus)
2 keratan nenas (dipotong dadu)
3 batang serai (di titik)
1 sb tepung jagung

BAHAN SOS (secukupnya)
Sos Ikan
Sos Tiram
Kicap Soya
Garam
Gula

CARA-CARA MEMASAKNYA

Satukan garam, serbuk kunyit dan cili boh. Sapukan pada ikan sehingga rata. Perapkan seketika. Pastu goreng ikan tu sehingga garing menggunakan api sederhana. Letakkan di atas pinggan kaca bagi peresapan suhu yang sekata. Jadi aroma ikan akan terserlah. Letak kat tepi dulu untuk persiapan bahan-bahan sosnya pulak.

Panaskan kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah. Setelah aroma bawang timbul, masukkan lada merah, goreng seketika. Kemudian masukkan nenas .Kacau sehingga sebati.

Masukkan 2 cawan air. Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan bahan sos. Di dalam mangkuk, bancuh tepung jagung dengan air masak (Pastikan air tidak panas bagi mengelakkan bancuhan menjadi berketul-ketul).

Masukkan (6) ke dalam (5). Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak.


Siram kuah di atas ikan. Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativiti anda. Sedia di hidang dan dimakan.
Selamat Mencuba!

2 comments:

Wanie said...

yum3..nmpk sdap...buat bkar pn sdap gk ikan ni..:)

Unknown said...

menyelerakan...hmmm

Post Top Ad

Your Ad Spot