Remaja Lemas Dalam Tali Air Sebelah Rumah Ammboi - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

01 February 2011

Remaja Lemas Dalam Tali Air Sebelah Rumah Ammboi


Subhanallah, tengah ammboi kusyuk membalas jejak rakan blogger, ammboi dikejutkan dengan 'kekalutan' ada remaja lemas dalam tali air sebelah rumah ammboi. Untuk pengetahuan rakan blogger semua, rumah ibu bapa ammboi kat kampung ni memang dekat dengan tali air. Dalam jugak tu, dalamnya 4 meter lebih kurang kot.


KUBANG PAK AMIN : Seorang remaja lemas dalam tali air ketika sedang memancing bersama beberapa orang rakannya. Remaja berkenaan berusia 14 tahun bernama 'Lokman' disahkan meninggal dunia selepas ditemui hampir 1 jam kemudian. Kejadia berlaku lebih kurang jam 2.30 petang tadi.


Operasi mencari dijalankan oleh sepasukan bomba yang tiba setelah menerima panggilan kecemasan selang 10 minit selepas remaja berkenaan hilang. Ia turut dibantu oleh orang kampung yang mengerumuni kawasan berkenaan.


Mengikut sumber yang boleh dipercayai, mangsa tergelincir ketika memancing bersama beberapa rakannya. Seorang rakannya berusaha membantu mangsa namun gagal setelah beliau juga nyaris-nyaris lemas. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan menaiki kenderaan polis. Berita Oleh : AMMBOI


Begitulah ceritanya. Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk adik Lokman.

5 comments:

MulutPayau said...

Al-Fatihah tuk adik Lokman...

zero said...

Al-Fatihah.. moga rohnyer dicucuri rahmat...

areripe said...

al-fatihah, nak buat cmna..
memang ajal dia macam tu..
salam takziah kepada keluarga mangsa.

Fariq Jalil said...

innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga rohnye ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

Blog Berunsur Lucah Kegemaran Ramai?

Genta said...

kesiannya.. :(

koleksi gambar revolusi mesir

Post Top Ad

Your Ad Spot