Perubahan masa begitu pantas sekali berlalu. Dari tahun 1984 hingga ke tahun 2010, ammboi dah hidup dekat muka bumi ini selama 26 tahun. Dari permainan game ntah apa-apa ntah (masa tu canggih betul) hinggalah zaman sekarang yang lagi canggih manggih ni, begitu bayak perubahan telah berlaku dalam dunia 'games' kan. Kini kita semua telah disogokkan dengan permainan canggih seperti konsol PS3, Xbox 360 , mahupun Wii.
Pagi ini ammboi cuma nak ceritakan pengalaman ammboi main 2 tajuk utama dalam 1 genre yang sama. Kira dua-dua ni musuh yang paling ketat la. Jadi seperti biasa ammboi nak ingatkan ini cuma berdasarkan pengalaman ammboi. Jika korang rasa tak kena maka silalah bagi tunjuk ajar yer. Hari tu ammboi dah ulas berkenaan Pengenalan & Harga untuk kedua-dua permainan ini kan. Jadi kali ini ammboi cuma nak sentuh bab paparan menu game berkenaan.
Paparan Menu Mana Yang Menarik?
Dalam bab ini ammboi cukup teruja melihat game yang memiliki paparan menu yang menarik. Disitu ammboi dah rasa ada perasaan yang mengujakan jika sesebuah permainan itu memiliki paparan menu yang canggih. Kenapa? Disitulah ammboi rasa dimana tahap 'profesional' pembuat games berkenaan. Samada mereka mesra pengguna atau tidak.
Paparan Menu FIFA Soccer 2011
Fifa Soccer 2011 |
Antaramuka yang sangat 'simple'. Memang menyedapkan mata, namun kesimplelan yang disediakan oleh pembangunnya EA Sports nyata sedikit menyusahkan. Bayangkan kalau korang nak buat pilihan nak main jenis mana hari ni contohnya nak layan atau korang kena klik butang dulu. Pastu kat situ ada keluar senarai disebelah tepi. Bila korang tersalah klik jer pilihan lain maka terpaksalah korang tunggu dulu (lama gak tunggu). Baru korang boleh back semula.
Namun FIFA Soccer 11 juga memiliki kelebihan yang tersendiri. Rasanya kalau korang nak online dengan modem Streamyx 384kpbs pun sudah cukup. Mungkin ada gangguan sedikit masa online. Tapi servernya memang bagus dan yang terbaik!
Ammboi kasi : 4 Bintang Untuk FIFA Soccer 11
Paparan Menu Winning Eleven 2011
Winning Eleven 2011 |
Korang tengok sendiri (gambar tak cantik amik kat tv jer..hahaha..biasalah tak pro kan..). Paparan menunya kemas tersusun kat bawah tu. Dengan grafik yang begitu cantik bangat sih (cam indon plak). Disini selectionnya memang menarik tertarik dan memang deBOOM!. Ammboi malas nak ulas panjang. Nanti korang akan kata memang ammboi berat sebelah. Korang kena rasai sendiri kehangatan kedua-dua games ni. Pasti korang tahu mana yang hangit dan yang hangat.
Nak online? Kirim salam kalau setakat pakai modem 384kpbs. Jangan harap korang dapat masuk online tu. Awal-awal lagi server dia kasi reject. Ada yang dapat masuk? Kasitau ammboi. Nak tahu gak apa RAHSIANYA. hahahaha.
Ammboi kasi : 4 1/2 Bintang untuk Winning Eleven 2011
Baca Juga Yang ni :
3 comments:
pergghhh...mcm menarik gk WE2011 tu...tp skang org pndang lg ke?rsenye PES lagi meletop kot..
dua2 i like..huhuhuu
tuan belog - PES ok jugak bro...
tp kalo nak on9 lagi ramai we11.
Post a Comment