Piala Suzuki 2010 (dahulu dikenali sebagai Piala Tiger) akan bermula hari ini. Perlawanan pertama pasukan negara kita, Malaysia ialah menentang pasukan tuan rumah, Indonesia. Malaysia telah dari awal mengalami masalah ketiadaan tonggak utama (alasan yang sering digunakan sebagai 'pedinding' ke?). Namun untuk tidak mahu mengecewakan Malaysia, Indonesia juga menggunakan serangan psikologi dengan memaklumkan mereka juga kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan.
Skuad negara wajar mengambil langkah yang lebih berhati-hati untuk melayan pasukan tuan rumah yang turut dibantu pemain ke 12 mereka iaitu penyokong Indonesia. Tekanan pasti dirasai apabila kekuatan mental pemain kita pasti dikongkong oleh sorakan padu penyokong tuan rumah. Andai Malaysia mampu menjaringkan gol awal, sudah pasti tekanan itu akan beralih kepada pasukan Indonesia.
Rajagopal perlu memastikan barisan pertahanannya sentiasa bersedia. Jangan mudah alpa. Kuatkan pertahanan untuk cuba mendesak lawan melakukan kesilapan. Pasukan Malaysia juga jangan terlalu gopoh untuk menyerang. Pastikan peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal berkata, Malaysia tidak ada sasaran khusus pada kejohanan ini lebih-lebih lagi dengan lapan pemainnya mengalami kecederaan, termasuk kembar Mohd. Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak.
Rajagopal berkata, beliau sudah mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak mudah hilang fokus apabila berdepan lawan mereka itu yang akan mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
“Kami perlu bersedia menghadapi segala bentuk ancaman daripada pasukan tuan rumah dan pemain telah diingatkan agar memberikan komitmen seratus peratus,” katanya.
Petikan : Kosmo!Online
Ayuh kita sama-sama doakan kejayaan skuad negara kita, MALAYSIA!
2 comments:
semoga malaysia menang!
Bro.. pinjam gambar..
Post a Comment