Skuad Malaysia tunduk malu di gelanggang lawan apabila dibelasah teruk 5 - 1 pada aksi pertama dalam kumpulan A. Indonesia nyata pasukan yang baik dan tidak hairan untuk mereka menang bergaya kerana cuma berhadapan 'pasukan lemah' (kata Rajagopal akibat takde pemain utama) Rajagopal yang hanya mampu gigit jari melihat skuadnya dibelasah.
Walaupun Malaysia membuka jaringan awal, Indonesia masih terus mengekalkan momentumnya sejak dari awal untuk mengasak kubu Malaysia. Kelamahan benteng pertahanan menjadi punca utama kekalahan teruk Malaysia.
Apakah rasionalnya pemilihan skuad oleh Rajagopal?
Pemain muda yang langsung tidak mahu 'jihad' demi negara nyata membuka banyak ruang untuk barisan serangan lawan, masuk dan mengancam gawang Malaysia. Itukah barisan 'pincang' Rajagopal?
p/s : Rajagopal tidak boleh disalahkan kerana beliau dari awal lagi mengatakan terpaksa membawa pemain 'mana ada' kerana pemain utamanya ramai yang cedera. Rajagopal juga tak boleh disalahkan kerana beliau tidak dapat membawa pemain kembar aidil dan zaquan kerana hanya mereka berdua yang pandai main bola....*#@%%###!@$%^$#@!*&^%
No comments:
Post a Comment