Perkara ini masih lagi meniti di bibir mulut pengkritik bolasepak negara. Ammboi faham gerak hati mereka. Mereka bukannya tidak yakin dengan kemampuan skuad negara, malahan mereka sudah mula takjub dengan peningkatan ketara yang dipamerkan oleh generasi bolasepak Malaysia hari ini. Ekoran jatuh merudumnya prestasi bolasepak kita dahulu, ketakutan dan sifat susah nak yakin (hilang keyakinan diri kot) terus menebal dalam hati mereka. Sebenarnya mereka ini sudah tidak mahu terlalu mengharap. Jika menang merekalah orang yang mula-mula sekali melompat!
Disini ammboi petik beberapa petikan Kosmo!Onlione hari ini. Ini adalah sebahagian daripada janji skuad kebangsaan kita. Sebagaimana mereka berjanji pada perlawanan awal dahulu, mahu menewaskan Indonesia dan ada ahli pasukan yang sangat berterima kasih kepada ketua jurulatih kerana masih memilih beliau seterusnya beliau berjanji untuk berikan aksi yang terbaik. Apa yang berlaku pada perlawanan pertama berkenaan? Kita dibelasah 5-1.
Safee mahu lebur gawang Markus
"Pentas final ini merupakan peluang terbaik Malaysia setelah kita tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung 1 Disember lalu.
"Saya tahu harapan yang diletakkan di bahu saya cukup tinggi selepas saya menjaringkan dua gol ketika menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil minggu lalu.
"Apa pun saya mengharapkan sokongan daripada rakan sepasukan lain terutama Norshahrul. Tidak kiralah siapa yang menjaringkan gol, yang penting Malaysia berjaya mengatasi Indonesia.
"Bagi saya, pertahanan Indonesia tidaklah begitu kebal sebenarnya kerana saya tak nampak keistimewaan mereka di posisi tersebut berbanding jentera serangan mereka," kata Safee.
Muslim akan pastikan Gonzales dirantai
"Gonzales merupakan kunci utama kekuatan pasukan Indonesia. Selain itu, Oktovianus juga perlu disekat kelincahannya menerusi gerakan dari bahagian sayap.
"Misi kami adalah mencari bekalan gol yang selesa untuk dibawa ke Jakarta pada Rabu depan. Pengalaman beraksi di Slovakia bersama Harimau Muda A banyak membantu saya terutama untuk memberi cabaran fizikal kepada lawan.
"Final ini merupakan peluang terbaik untuk kami menebus kekalahan 1-5 pada aksi sulung 1 Disember lalu. Kami akan ikut segala arahan jurulatih (K. Rajagobal) dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini," kata Muslim.
No comments:
Post a Comment